Monday, March 5, 2012

Twillight (entri recycle Koskenkorva 2)

Stay with me..Leave your world.You are not belonged here,”rayu Edward lembut sambil meluruti hujung rambut Amira.Malam terus sepi.Amira sengaja tidak mahu berdepan dengan persoalan itu.Dia mengalihkan pandanganngya ke sisi.Sebenarnya sukar untuk Amira membuat keputusan.

Cinta mereka antara dua dunia.Amira tahu EdwardCullen bukan lelaki biasa.Edward adalah seorang Vampire sebenarnya.

Seawal perkenalan,dia sendiri berasa janggal dengan perwatakan Edward yang agak pelik.Fizikalnya juga jauh berbeza.Patutlah dia mempunyai anak mata yang lebih besar dan hitam berkilau berbanding manusia biasa.Bibirnya juga berwarna merah segar.Wajahnya putih pucat.Cuma gigi taringnya sahaja yang sedikit menonjol.Namun keseluruhannya,Edward masih sangat tampan.

Tapi bukan itu yang menjadi ukuran cinta Amira terhadap Edward.Sebenarnya Amira terpikat dengan layanan Edward yang begitu romantis.Tidak seperti lelaki-lelakibiasa,Edward tahu bagaimana untuk melembutkan perempuan sepertinya.Seolah-olah Edward terlalu sempurna.

Go with me..,”bisik Edwardperlahan ke telinga Amira sekali lagi.Dia mencapai tangan Amira,meramas-ramas lengan putih keding itu seketika sebelum menyilangkan setiap jari-jemari mereka erat-erat.Edward merenung Amira dalam-dalam,penuh harapan.Dan apabila mata mereka bertemu,Amira seakan tidak mampu lagi untuk menolak.Dia terpukau..Lalu akhirnya,Amiracuma mampu mengangguk patuh.

Berita kehilangan anak perempuan Cik Zainab yang baru berusia 9 tahun itu pantas tercanang ke segenap kampong.Sementara itu,Uztaz Zakaria masih duduk bertelaku di tengah-tengah ruang tamu rumah Cik Zainab sambil terkumat-kamit membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran.kemudian,dia menghiris sebiji limau nipis lantas mencampakkannya kedalam semangkuk air jernih lalu meneliti permukaan air penuh berhati-hati.Lama itu,dia menggeleng kepala beberapa kali.

Saya tak dapat nak bantu lagi..Anak kamu,Amira sudah bersahabat dengan syaitan.Dia telah dilarikan oleh hantu raya ke dunia lain,”ujar Uztaz Zakaria lambat-lambat.Cik Zainabterkedu seketika.

Hantu raya? Makcik ingatkan Vampire? “tanyaCk Zainab kehairanan.Kali ini,Uztaz Zakaria cuma menggeleng kepala di dalam hati.

.

1 comment:

mogobja said...

byk sgt tgok tb macik neyh