Selalunya kalau aku tulis macam ni, aku suka cakap benda betul.Aku suka cerita perkara benar.Aku suka dedahkan kenyataan. Aku emosi. Aku suka guna kata ganti nama aku.Aku tulis tentang aku. Tapi aku selitkan dengan sedikit bohong, supaya sukar dihadam yang mana realiti dan palsu.
Tapi aku dah lama tak tulis macam ni lagi. Sebab aku perasan ada seorang dua member satu universiti, satu sekolah yang kadang-kadang terbaca blog aku. Aku tak suka berkongsi cerita aku ,dengan orang yang kenal aku.Aku tak suka engkau baca pasal aku di alam maya, dan pada realiti esoknya bertembung dengan aku lalu bertanya "Jiwang gila kau semalam?..kahkahkah".
Sebab itulah aku dah malas sebenarnya nak tulis entri yang tajuknya bersirikan urutan *nombor.
Sungguh! Aku memang tak suka. Sebab tu aku jadi anonymous. Sekurang-kurangnya, sempat sekejap dulu. Aku panggil ini privacy.
Aku lagi suka macam ni. Sama ada kau kenal aku dan tak baca cerita aku, ataupun kau tak kenal aku dan baca cerita aku.
Yang aku tahu, aku taknak kau ada dua-dua.
.
5 comments:
Babi. demand gila.
Amboi...
ouhh, kemain
ok..ni last komen dr aku..:)
kahkahkah..
Post a Comment