Gadget-gadget elektronik ni sebenarnya tak jauh beza dengan roti Gardenia.Ada expired date tercetak pada bread clip yang menandakan bila prestasi roti tersebut akan mula merosak.Namun jika bernasib baik, kadang-kadang lewat lima hari selepas expired date sekalipun roti masih belum berkulat dan boleh dimakan kalau kau bukan jenis up-to-date sangat.
Gadget-gadget elektronik ni sebenarnya tak jauh beza dengan janda. Ada monopause date yang tertentu menandakan bila prestasi janda tersebut akan hilang getah rentaknya. Hilang lentok bentuknya.Namun jika bernasib baik, kadang-kadang janda yang sudah mencapai monopause datenya, sebaliknya beraksi lebih padat berbanding gadis-gadis muda. Terima kasih atas bantuan Kacip Fatimah dan Jamu Orang Kampung.
Gadget-gadget elektronik ni sebenarnya tak jauh beza dengan Siti Nurhaliza. Akan sampai satu masa, audiens akan lupa dan berpaling daripada sejarah kelunakan suaranya, lalu sebaliknya mula mendambakan kepaduan bentuk badan lakonan Neelofa . Namun jika bernasib baik, Siti Nurhaliza bolehlah perlahan-lahan belajar menjual produk pencuci muka kepada remaja-remaja yang percaya.
Ketika satu demi satu laptop rakan-rakan gua (model sama,tapi gua beli paling awal sekali) yang kebanyakan masih muda usianya sudah lama menemui jalan rosak dan mati, sebaliknya laptop gua masih tangkas beraksi.Setidak-tidaknya sehingga hari kelmarin. Namun gua percaya, sebenarnya dia sudah lama berkhidmat dengan gua menjangkaui belenggu tarikh luputnya. She still survive , besides other dead bodies.
Syabas kepada laptop gua yang sudah genap mencapai umur 3 tahun 3 bulan pada 29 Mac semalam.
OK. Sekarang sama ada gua pergi repair laptop lama gua ataupun gua beli laptop baru berjenama Nokia. Laptop Nokia tak ada expired day gilaa awesome...
.
3 comments:
ak harap laptop ak blh berkhidmat sampai hembusan nafas terakhir aku..kah kah kah...
semoga tidak tercapai
i love you ;D
Post a Comment