Sebenarnya, gua sudah lama ingin melakonkan satu babak di mana gua akan membintangi watak seorang ahli sindiket pengedaran dadah yang gemar bersenjata api ke mana-mana. Seperti hari-hari tipikal seorang ahli perniagaan dadah, sudah pasti ada babak pertukaran briefcase hitam dengan beberapa kampit dadah yang diadakan di tempat parking bawah tanah terpencil.
"Kalau boleh untuk babak tu gua akan datang dengan sebuah kereta Audi kaler hitam, pistol wajib ada dalam kot yang siap diseterika tidak berkedut..Di pihak satu lagi, sekumpulan lelaki Mexico itu cukuplah datang dengan Proton Saga beli second-hand dekat Mudah ,masing-masing memakai bersinglet lubang-lubang dan bandana gambar bendera Amerika membalut kepala".Gua cuba demand apa-apa yang patut.
"Tidak..Tiada babak sebegitu. Sebaliknya engkau akan melakonkan watak seorang lelaki yang dipaksa berkahwin dengan seorang wanita yang menjadi musuh ketat engkau sejak dari kecil lagi. Perkahwinan tidak suka sama tidak suka itu melahirkan pelbagai peristiwa yang mencuit hati penonton , yang akhirnya membawa kepada bibit-bibit cinta sehingga meleret ke persetubuhan pertama,bukan pada malam pertama,"jawab lelaki bermisai nipis itu dengan pistol masih teracu di tepi kepala gua.
"Ohh yaa! Tajuk cerita itu, Vanilla Keladi "sambung lelaki itu lagi.
Gua mengeluh nafas panjang sambil mendongakkankan kepala kecewa. Gua pejam mata rapat-rapat, bersedia ditembak berkecai kepala.
.
3 comments:
vanilla keladi satu.letak sama roti.
so, u nak kahwin tak suka sama tak suka dengan I ?
atas pilihan keluarga?
tak sabar nak tengok vanilla keladi.
Post a Comment