Saturday, March 10, 2012

Akbal Frijan Ali

Gua masih ingat lagi akan seorang senior dorm gua masa di Sekolah Menengah Sains Batu 8..Nama dia Akbal Frijan Ali. Bukan gua nak reka-reka, tapi memang dah nama bapak dia memang Frijan Ali.

Akbal ni bangang orangnya. Cuma yang sedihnya , Akbal sendiri gua rasa tak pernah jumpa bapak dia. Dia sendiri tak kenal Frijan Ali ni sapa. Dengar cerita, Frijan Ali ni bercerai dengan mak dia dan terus membawa diri entah ke mana masa Akbal masih kecik lagi. Tapi entahlah. Gua sendiri pun tak tahu kesahihan cerita tadi.

Pada suatu petang yang sungguh asyik di pinggir jajahan Kuantan, gua dan seluruh isi asrama terdengar satu pengumuman melalui speaker asrama.

"Perhatian kepada Akbal Frijan Ali, sila turun ke dataran asrama sekarang kerana bapa anda sedang menunggu"

Akbal Frijan Ali cuma tersengih-sengih sambil mencarut tak puas hati ketika meninjau Dataran Asrama dari koridor dorm gua. Beberapa orang kutu yang berada di tepi Bilik Mesyuarat Warden , ketawa besar dengan tangan masih memegang teh ais bungkus dan sepucuk mikrofon.




Kurang ajar punya bergurau...kahkahkah..!

.

5 comments:

Wadi AR said...

dulu mase aku dok hostel pon centu. main main konon mak ayah gua dtg. cehh

Sang Harima said...

Jangan jangan ayah dia ni la pencetus kepada semangat penubuhan Pekan Frinjan?

.Gory. said...

Lu tak khuatir Akbal baca lu punya blog ke weh

suterahitam said...

mean.

Roronoa said...

dah dah...korang semua jangan nak memandai mandai...!