Wednesday, February 8, 2012

Prinsip Hidup Bermakwe (Puduraya)

"Jadi awak belajar dekat UITM Sri Iskandar la..Ehhh tak sangka kan! Saya pun belajar dekat situ. Sama pulak kita kan.Takdir takdir" bebel gua panjang lebar. Gua tengok makwe UITM cuma angkat kening sedikit.

"Saya ambik course Event Management ," tambah gua lagi.

Makwe UITM angkat kening sekali lagi. Senyumannya sedikit pahit dan dibuat-dibuat. Kemudian dia mengeluarkan sekeping tiket yang dilipat dua dari dalam dompet. Lama matanya menganalisa perincian pada tiket , tidak berkerdip. Dia mengeluh pendek. Sekejap matanya merenung jam tangan,dan sekejap dia meninjau pula keluar masuk bas di Platform 6 .Daripada reaksinya , gua segera membaca bahawa dia tidak berhajat untuk menyertai perbualan itu dengan lebih dalam.

"Boleh awak bagi saya nombor telefon awak? Mana tahu kalau-kalau awak free, kita boleh pegi jalan-jalan pergi makan berdua.. ," pujuk gua lagi sambil mengeluarkan iPhone dari kocek seluar. Tapak tangan gua sengaja menggenggam bahagian bawah iPhone, membiarkan lambang sebiji buah epal yang separuh digigit nampak terdedah.

Makwe UITM pandang gua terkejut. Lesung pipitnya nampak manis terjojol ,dimuntahkan senyum yang tidak dibendung.Kali ini dia ternyata gagal untuk menyembunyikan rasa ghairahnya. Mungkin perkiraan gua untuk mengeluarkan senjata rahsia terakhir tadi itu memang tepat pada masa.

"Jalan-jalan ? Maksud awak, naik kereta ? Awak ada kereta? ," tanya makwe UITM bertubi-tubi dalam satu nafas. Gua kelu seketika. Soalannya jauh melencong daripada perkiraan gua tadi. Sedikit pun dia tidak tertarik untuk meragut umpan besar yang gua pertaruhkan.Sebaliknya, dia cuma bermain-main di hujung mata kail, menagih habuan yang lebih mewah.

"Saya ada Iphone". Gua angkat Iphone sambil memusing-musingkan tangan .

"Saya tanya awak ni. Awak ada kereta? " ulang makwe UITM sekali lagi ,tidak berpuas hati soalannya tadi tidak berjawab.


.



" iPhone saya ni boleh main Angry Bird tau..Awak nak try main? ".Gua hulur iPhone pada makwe UITM dengan penuh berhati-hati pakai dua belah tangan,takut pecah.

.

3 comments:

Wadi AR said...

tanye psl kete pulak dahh. ni novel ke ape?

Anonymous said...

hp mhal2 bkn blh keluar naik hp pn.muahahaha.

Roronoa said...

wadi..
ini la namnya ,wayang kulit..

anon..
kalau gua boleh buat 'keluar naik hp', lu nk bg apa? haha