Friday, February 10, 2012

The man who was never born !

Setelah hampir dua bulan gua tak balik kampung, tempoh seminggu sebelum semester buka itu hari gua mengambil keputusan untuk lepak-lepak merasa angin kampung halaman. Sekali-sekala biarlah emak gua berkesempatan menjamah sedikit muka gua. Tak aci jugak kalau hari-hari nak biar Kuala Lumpur sahaja yang enjoy badan gua sampai lemau. Esok lusa kalau gua mati di perbatasan, emak gua jugak yang menangis. Kuala Lumpur tetap Kuala Lumpur. Sesat dan tak pernah berubah.

"Hasif ni dah cukup 5 tahun ke belum? Dia ni cuma lambat 3 bulan je dari Amirul , bulan 12 kan ? ,"tanya emak kepada kakak sulung gua, cuba mengingat tarikh lahir cucu-cucunya. Kebetulan ketika cuti itu, kesemua adik beradik gua pulang ke rumah. Abang gua pula cuma teliti mendengar sambil memangku anak saudara gua yang baru lahir.

Gua cuma diam sambil menyuap nasik perlahan. Industri anak saudara dan lampin pakai buang ni gua memang malas nak into sangat. Kalau gua into lebih-lebih karang, ada la tu nanti nak suruh gua pergi kedai beli bawang putih la, kicap la, bunga lawang lagi,macam-macam diorang ni..Jadi gua lebih gemar memilih untuk tidak bersikap friendly dan outgoing sangat. Sebab itulah gua cuma layan makan nasik tak cakap banyak.

Sesungguhnya scene meja makan tengah hari itu cukup meriah dengan tema "Hari Lahir Anak Saudara Saya".Banyak yang mereka bualkan. Kadang-kadang berlaku assist berbahaya daripada menantu ,cuba mengumpan dari kiri kanan penjuru meja. Semuanya tentang isu kelahiran anak saudara dan peringkat tumbesaran yang disaran pakar.

"Mak ingat lagi tak orang lahir bulan berapa mak? ," tanya gua spontan tiba-tiba,cuba menduga. Adik-beradik gua yang lain terus terdiam .Sunyi.Perbualan kini tertumpu ke arah gua.

Gua tengok emak gua cuma tersengih-sengih tak tahu nak jawab apa.

Sebenarnya gua tak kisah langsung mak gua, family gua,atau kawan gua tak ingat hari jadi gua. Hakikatnya, gua memang tak kisah langsung kalau sapa-sapa pun tak ingat birthday gua. Gua sendiri pun malas nak ingat hari jadi orang bukan-bukan, yang tak ada direct impact dalam kehidupan gua. Lagipun ada apalah sangat dengan hari jadi. Andai orang terlupa mahupun tidak tahu sekalipun, benda ni tak mengubah gua sedikit pun. Gua tetap gua. Sesat dan tak pernah berubah.

Tadi orang saja testing.Jadi mak tak payah risau, orang sumpah tak tersinggung sikit pun! kihkihkih..



Notakaki : Gua tak pernah lupa hari jadi mak .Dalam dompet gua ada 5 keping kad bank , yang mana kesemuanya bernombor PIN pakai pangkal nombor kad pengenalan emak.





7 comments:

Wadi AR said...

kirim slm emak

Sang Harima said...

Bagus betul Fadhil ni ingat hari lahir mak. Tentu soleh punya orang ni.

asip محمد said...

sayang mak.. syurga bawah tapak kaki mak..

Anonymous said...

kau hebat!

Anonymous said...

cuba no pin bank letak no ic awek hot kompem x egt hari jadi mak...kahkahkah..

mogobja said...

comel nye

Anonymous said...

da jmpe my soulmate <3 haha