Monday, February 6, 2012

Pemandangan di waktu Petang

"OK murid-murid. Cikgu nak kamu semua lukis lukisan yang bertajuk Pemandangan di Waktu Petang. Hantar lepas habis kelas.Sapa tak siap tak boleh balek," jerit Cikgu Zauriah padahal bukan tak boleh cakap elok-elok.(cikgu Pen.Seni selalunya suka menjerit)

Masa gua kecik-kecik dulu, dan gua percaya masa korang kecik-kecik dulu jugak, tajuk pemandangan di waktu petang ni memang paling familiar dan lebih glamer di kalangan budak-budak kecik berbanding Angry Bird. Dengan berbekalkan kaler pensel Luna yang diasah tajam di kedua belah kepala dan bontot ( senang nak guna dua-dua belah sekali.Kalau depan patah, yang belakang ada lagi ) , selalunya kalau dalam kelas tu ada 30 orang murid, semua 30 orang tadi akan lukis macam ni.



Burung-burung terbang balik sarang tu dah kira stended la petang-petang. Gunung mesti kena ada dua. Matahari tak boleh terbenam tempat lain. Memang dah siap ukur dia jatuh tepat-tepat celah gunung. Tapi yang paling gua hairan, kenapa bila lukis matahari kena lukis dia punya kening-kening sekali.. Kening matahari tu kejadah apa sebenarnya. Gua ni dah 22 tahun pengalaman tengok matahari,belum pernah lagi gua nampak matahari ada bulu kening.





Sehinggalah lebih kurang sebulan lepas, gua terkejut apabila melihat sekeping gambar pemandangan yang diambil seorang rakan gua. Rupa-rupanya kening matahari ni memang wujud dan masuk akal. Cuma cara penyampaiannya yang agak mengelirukan. Maknanya lagi, semenjak kita kecil lagi kita sudah ada pengetahuan yang kukuh tentang teknologi DSLR , ISO , aperture, auto fokus ,dan juga tripod stand. Cuma masa kita kecik-kecik, kita tak sedar yang kita ni power sebenarnya. Bila gua cuba bandingkan lukisan zaman budak-budak gua dengan gambar realiti, hampir 70% adalah tepat dan benar. Jadi dapat gua simpulkan, this MYTH is a FUCKING REALITY.


P/S: Kalau budak-budak nakal, dia akan lukis satu bulat kecik dekat setiap puncak dua gunung tadi. Nakal betul..Kecik-kecik dah pandai tengok Shasha Grey.

.



3 comments:

Aween Md Zahir said...

babab budak nakal tuh ! amboih,,kemain yep :p

Wadi AR said...

cantik lukisan ko

Roronoa said...

aween..
budak-budak..biasa la. selagi tak dapat, selagi tu la dia merengek..
zzzzzzzzz

wadi..
cincai-cincai kira gua jual RM150 la..Harga membe2..NAk? boleh bayar pakai voucer tau..