Kartina menoleh. Dia cuba mengamati gerangan lelaki yang menegurnya itu, dan dia berasa sangsi sama ada dia mengenali pemuda asing itu sebelum ini. Mana tahu dia pernah approve friend request lelaki tersebut di dalam Facebook. Dalam dunia Facebook,Kartina memang ramai kawan. Hampir 4 ribu kesemuanya. Namun cuma lebih kurang 300 orang sahaja yang dia benar-benar pernah bertemu di dunia nyata.
Kartina merenung tepat ke muka pemuda tadi, kali ini lebih lama. Memang sah dia tidak kenal lelaki itu. Tidak pernah terlihat di mana-mana.Namun, memang Kartina akui,pemuda tersebut agak kacak juga orangnya. Dalam pada hatinya yang kembang berbunga itu, sengaja Kartina berpura-pura menjual mahal.
Pemuda itu masih lagi tercegat di situ, tersenyum sinis menanti jawapan Kartina. Kartina tidak mampu lagi bertentang mata ditenung sedemikian rupa, bimbang hatinya cair nanti. Pemuda itu memang cukup segak. Cukup tampan. Tinggi lampai dan sasa susuk tubuhnya , berhidung mancung , anak matanya sedikit kebiruan , dan berambut pacak. Ada hujung jambulnya yang sedikit dijuntaikan ke pangkal dahi biar megah ditiup angin. Macam Edward Cullen.Dan apa yang paling Kartina lebih terpikat ,senyuman manisnya yang turut disertai lesung pipit..Mahu pitam Kartina dibuatnya.
Malu-malu kucing Kartina , sempat juga dia mencuri pandang ke arah pemuda itu. Dilihat dia masih lagi diam tercegat dengan senyumnya sambil menjinjing sebiji topi keledar MS88 yang tertampal sticker Son of a Gun berwarna kuning. Hampir sesak nafas Kartina kerana terkejut.Terjegil mata Kartina memandang topi keledar itu lama-lama, seakan mahu keluar kedua-dua biji mata dari kelongsong.
"Pergi mati la kau kutu berahak... Tak ingin aku nak membonceng engkau panas-panas macam ni,....BLueeeekkkKKKK ". Kartina menjelir lidah benci.
.
No comments:
Post a Comment