Tanpa kusedari air mata ku mengalir..,
Dengarlah rayuan anakku,
yang jauh di ...
Makcik Melah menutup radio yang sedang memutarkan lagu raya ciptaan Edie Hamid.Suaminya Farhan yang baru sahaja 'miming' mengikut bait-bait lagu raya evergreen itu, memandang tajam Makcik Melah seakan mahu berkelahi.Namun dia membatalkan niatnya itu kerana menghormati bulan puasa.Kalau bukan bulan Ramadhan,sudah lama Farhan beransur ke kedai kopi apabila kejantanannya dicabar begitu.
"Awak tak payah la nak dengar lagu raya sedih-sedih macam tu..Anak awak tu memang tak balik raya ni..Itulah awak manjakan anak sangat dulu.Dah besar terus dia lupakan kita...Pot pet pot pet pot pet....."
Farhan sengaja memekakkan telinga.Tiga puluh tahun tinggal sebumbung dengan Makcik Melah,dia seakan sudah menjadi kebal dileteri isterinya itu.Namun di sudut hatinya ada dukacita yang masih berbaki.Farhan melemparkan pandangan ke luar tingkap,membiarkan anak matanya menatap laman rumah yang kosong.Dan jiwanya ketika itu turut kosong,sehingga menjemput memori silam 30 tahun dahulu singgah melawatinya kali ini.
*************************************************
"Perempuan zaman sekarang ni ada dua jenis je.Kalau bukan mata duitan,mesti kuat membebel..Makwe kau sekarang mata duitan ke kuat membebel abang Wira?,"tanya Pyol Muhammad seperti seorang sasterawan negara.
"Penyayang," jawab abang Wira pendek acuh tidak acuh.Matanya tertancap ke skrin 27 inci sambil tangannya sibuk menekan-nekan joystick.Dia sendiri tidak mengambil berat akan soalan Pyol Muhammad .
"Engkau Farhan...Makwe kau mata duitan ke kuat membebel ?"
"Penyayang,"jawab Farhan tak fikir panjang.Ketika itu dia lebih menumpukan perhatiannya pada permainan game berbanding soalan Pyol Muhammad yang dianggap sebagai gurauan.
"Tak paham bahasa betul.Itulah korang.Aku tanya korang jawab maen-maen..Korang tengok la lagi 30 tahun nanti jadi macam mana..KAhkahkahkahkahkah..,"rungut Pyol Muhammad dituruti ketawa besar apabila menyedari Abang Wira dan Farhan sekadar mengambil remeh pertanyaannya tadi.
************************************************
"Abang..Abang dengar tak apa yang Melah cakap ni...Abang ni kalau saya cakap,bukannya nak ambil seryes.Lepas tu,mula la....bla bla blaa bla....Pot pet pot pet."
Suara Makcik MElah yang tiba-tiba meninggi terus menghalau lamunan Farhan.Farhan kembali ke dunia sebenar.Dia segera menyapu kaca-kaca jernih yang terbit dari ekor matanya.Ada benarnya apa yang diungkapkan oleh Pyol Muhammad 30 tahun dahulu.Dan Farhan kini menyesal.
Perlahan-lahan,Farhan melonggarkan gulungan kain pelikat yang dipakainya,seraya mengeluarkan objek yang kelihatan seperti bola kecil.Sambil menangis,dia membakar hujung sumbu objek kecil itu,lalu cepat-cepat membalingnya ke luar tingkap.
Kbommmmmmmmmmm..........
"Opocottt mak kau......Abang ni dah tua-tua pun main mercun bola lagi...Malu la sikit dekat jiran.....blaa blaa blaa.....pot pet pot pett......."
.
No comments:
Post a Comment