Thursday, September 8, 2011

Peragawati

Dua tiga hari sebelum raya itu hari,gua ada mengunjungi butik Topman di sebuah Mall yang banyak budak-budak indie.Sementara menunggu member Sang Kancil keluar masuk keluar masuk fitting room ,gua cuma duduk lepak-lepak sambil mengusha makwe-makwe sekolah menengah lalu-lalang pakai gaun topless tak beringat langsung ke Lailatul Qadar.

Pada hari yang aman damai dan burung berkicau riang itu,gua cuma memakai kemeja cutting Western berjenama cincai-cincai yang biasa-biasa,seluar jeans bundle lusuh yang biasa-biasa,berkasut Converse koyak yang biasa-biasa,sambil maen SMS pakai handset lampu suluh yang biasa-biasa.Tiba-tiba seorang brader datang menghampiri gua lalu bertanya.

"Bang!Abang kerja sini ke?.Yang ni berapa harga bang?Ada discount tak nak raya-raya ni...?"

Dan sekiranya visi syarikat pakaian Topman ingin mempromosikan pelanggan mereka dengan fesyen terkini yang ringkas tetapi nampak bergaya dan elegan ,sesungguhnya peristiwa tadi telah membuktikan hasrat mereka itu sudah tercapai.

.