Sunday, September 4, 2011

Jalinan cinta Badri

"aahh...ok...ok..Ye ye...Kejap lagi nak balek la.Nak maen futsal kejap..".Anak Badri terangguk-angguk menjawab panggilan telefon.Kepalanya senget-senget mengepit telefon bimbit ke bahu sambil tangannya sibuk menyarung kasut bola.

"Main dengan kawan laki je la..Mana ada orang lain..Ye ye....Haaa..Okey okey....Bye..Gutnite.Sayang awak,"sambung anak Badri lagi berbekalkan kata-kata manis sebagai buah penamat mengakiri perbualan telefonnya.Anak BAdri mengeluh panjang sambil meletak kasar telefon bimbit di sebelah kaki.

Entah kenapa gua sebenarnya melihat anak Badri lebih cenderung untuk mengangguk dan menurut sahaja dalam konteks perbualan tadi.Setahu gua,cinta yang sejati jalinannya menuntut komunikasi yang lancar dan selari antara kedua-dua pihak.Namun apa yang gua perhatikan tadi,definisi cinta itu sekan tidak sampai maksudnya.Anak Badri cuma pandang gua dalam-dalam seolah ada pesanan dan tauladan yang ingin beliau sampaikan.


"Perempuan zaman sekarang ni ada dua jenis je.Kalau bukan mata duitan,mesti kuat membebel," ujar anak Badri bersemangat lagak seperti seorang pemidato berwawasan tinggi.

"Terbaek beb..Terbaek..".Gua kasi angguk bodek satu kali sambil angkat ibu jari.

.

No comments: