Tap tap....tap..
Bunyi tapak kaki di luar pintu bilik menyebabkan gua menjadi panik seketika.Jari gua yang sedang lincah menaip segera terbantut.Telunjuk gua pantas menyentuh perlahan icon minimize pada hologram tetingkap perisian menaip,lantas digantikan dengan tetingkap hologram permainan Spider Solitaire berbentuk 3 dimensi.Deretan daun terup muncul dan terapung-apung di udara,berselerak tidak mengikut urutan.
Serentak dengan itu,pintu bilik gua terkuak.Seorang wanita berambut hitam kemerah-merahan melangkah masuk ke dalam bilik.Wajahnya cukup ayu walaupun cuma mengenakan mekap nipis.Bodynya juga masih mantap,langsung tidak menggambarkan usianya yang mencecah awal 30an.
"Abang ni asyik main game je..Cuba la bawak-bawak bersenam sedikit..Lagi satu.Lyn nak pesan ni.Petang nanti jangan lupa jemput Ili dekat tadika,"bebel wanita itu sambil membetulkan anting-anting di telinga kanannya di muka cermin.
"Darling nak pergi mana," tanya gua pendek sambil berpura-pura tekun menyusun ilusi daun terup tadi pada hologram Ipad 9.
"Lyn nak pergi rumah Ayu Raudhah.Ada aktiviti berpersatuan sket,"balas Liyana Jasmay,merenung gua sekilas melalui cermin di hadapannya.
Hmmmmmmm....dengus gua.Tidak melarang,dan tidak pula menggalakkan.Gua terus membiarkan wanita itu membetulkan mekapnya,berdebar-debar menanti saat dia keluar dari bilik.Setelah dia benar-benar berpuas hati dengan mekapnya,wanita itu merapati gua sambil menghulurkan tangan.Gua buat acuh tak acuh.Cuma menghulurkan sebelah tangan,manakala sebelah lagi sibuk mengheret daun terup satu persatu ditindih mengikut susunan.
"Jangan balik lewat sangat,"gua sempat berpesan ketika wanita itu mencium tangan gua.Dia cuma mengangguk patuh.
Beberapa minit setelah wanita itu sudah beredar dari bilik,gua segera menjenguk ke birai tingkap.Kelihatan sebuah Inspira Super berkuasa turbo hybrid keluar dari garaj.Gua tersenyum lega.Kembali ke Ipad9,gua terus menutup tetingkap hologram Spider Solitaire yang hampir lengkap itu.Sambil tersengih-sengih,gua membuka semula tetingkap blog yang gua sorokkan tadi.Hologram blog dengan tajuk Budak Setan dengan header gambar hitam putih,muncul menerawang memenuhi ruang bilik pada saiz 42 inci.
"Fuuuuu...Nasib baik tak kantoi dengan bini gua tadi.Kalau tak mampus kena gelak kalau dia tahu gua ada blog tajuk Budak Setan..Pukimak punya tajuk..kehkehkeh." gumam gua lega sambil tersengih sendiri.
.
1 comment:
kemaen hybrid
Post a Comment