Gua tak suka dengan title blog gua sebenarnya.Blog Budak Setan..Macam pukimak poyo..
Dulu blog gua pakai nama Bukan Basikal Karim.Walaupun nama tu merepek,tapi tak poyo.Tapi tahun lepas bila blog tu dah kantoi dan dibaca oleh kakak abang ipar gua,gua rasa tak secured.Gua teros url dan title blog gua secara ekspres.Kebetulan gua baru lepas sangap baca novel Ahadiyat Akasyah dan tengok movie Lagenda Budak Setan,sebagai seorang yang mudah terpengaruh dan bercita-cita nak jadi macam Farid Kamil bila besar nanti,gua teros letak nama Budak Setan tak pikir panjang.Poyo kan kan kan?
Gua bukan apa.Title Budak Setan tu bagi gua terlampau eksen untuk gua gunakan.Gua cuma pemuda biasa.Pemuda yang kadang-kadang ada juga menonton slot Akasia Nora Elena ketika cuti semester.Pemuda yang pernah mengalirkan air mata ketika menonton Hindustan masa gua kecik-kecik dulu.Pemuda yang gemar meminta maaf sekiranya digertak oleh brader yang berbadan lebih besar.Lagipun,gua tidak berhati keras dan membalut tangan dengan sapu tangan ketika bergaduh macam Roy..So,Budak Setan kejadah apa gua ni.
Jadi,selepas hampir setahun gua bercadang nak tukar tapi tak tukar-tukar jugak,gua berazam untuk menukar title blog gua minggu depan.Cadangnya,gua nak pakai title Blog Nora Elena.
.
4 comments:
blog nora elena?
haha. buleh tahan la nama tu.
aku dah agak kau lah owner blog bukan basikal karim tu. aku ada baca dulu blog kau.
Nora Elena ke, Budak Setan ke, semua poyo. Yang tak poyo, blog letak nama sendiri dan header pakai muka sendiri. Itu baru betul betul berani!
serius poyo...hahahaha
kah3...gua memang poyo..
dari dulu lg gua memang dah syak y gua mmg poyo...hak3..
Post a Comment