Saturday, June 4, 2011

Juvana

Akhirnya,semalam gua potong rambut.Salah satu perkara yang menjadi kewajipan orang muda iaitu menyimpan rambut panjang telah gua laksanakan..Gua sudah melalui perasaan menjadi pemuda berambut panjang yang dipandang serong oleh bakal-bakal ibu mertua sebagai kutu berahak.Rasanya tak lengkap umur muda kalau tidak berambut panjang sekali.Maknanya kalaupun gua mati esok sekalipun,roh gua sudah menjadi tenang.


Gua tak berniat lagi untuk menyimpan rambut panjang dalam masa empat lima tahun ni.Kecuali kalau gua ada putus cinta,mungkin gua akan menyimpan rambut panjang, bermisai, berjambang,dengan kemeja yang tidak dibutang lengkap ke atas lalu menyepak-nyepak air ombak di tepi pantai setiap kali senja...

.

1 comment:

Anonymous said...

boooo!
cara frust xjantan lgsg!