Tuesday, March 8, 2011

Tarik-tarik muka (part satu)

Pukul 8.45 pagi.Jika mengikut sistem tidur cuti semester,mandi pagi pada waktu sebegitu sudah dikira awal.Namun,ketika itu bukanlah waktu cuti semester.Wan Ibrahim ada peperiksaan penting yang bakal dihadapinya.Belum pukul 8.30 lagi Wan Ibrahim sudah siap mandi dan menyikat rambut.Periksa pun periksa.Rambut kena stylo juga bagi Wan Ibrahim.

Wan Ibrahim masuk ke dalam kereta.Kelihatan Zulfakar Zainal sedang menarik muka masam sambil memegang steering kereta.Masam betul muka yang ditarik Zulfakar Zainal.Wan Ibrahim jadi takut-takut.Dia sedikit lambat sebenarnya.Dia cuma tersengih-sengih cuba mengendurkan suasana.Agak lama juga Wan Ibrahim tersengih-sengih sebegitu.Hanya apabila Jailani Azhar selaku orang terakhir tersengih-sengih masuk ke dalam kereta,barulah Wan Ibrahim berpura-pura menarik muka masam seakan tidak senang dengan kelewatan Jailani Azhar.


Bekas pensil,calculator semua ada? Ada apa-apa barang lagi tertinggal?”tanya Zulfakar Zainal separuh garang.


Wan Ibrahim maraba-raba poket belakang seluarnya.Bekas pensil ada.Calculator pun ada.Wan Ibrahim tersengih lagi.Tidak sekali-sekali dia akan membuat kesilapan tertinggal kalkulator ketika menghadiri peperiksaan Calculus.Jika tidak,pasti berair matanya cuba mencongak nilai log 37.45 di dalam dewan periksa nanti.Baginya,membawa kalkulator adalah perkara paling asas sekali sebelum menghadiri periksa berunsurkan proses kira-kira.

Wan Ibarahim dan Jailani Azhar menggelengkan kepala serentak. Melihat reaksi mereka berdua,Zulfakar Zainal segera memecut keretanya. Hatinya sedikit senang.Namun,entah mengapa Wan Ibrahim pula tiba-tiba berasa seakan tidak sedap hati.Hanya apabila kereta hampir sampai ke dewan periksa,barulah Wan Ibrahim tahu puncanya.


”Cilakak...Aku tertinggal slip periksa”


Suasana sunyi sepi.Kereta yang dipandu Zulfakar Zainal membuat satu pusingan U pada kelajuan tinggi.Wan Ibrahim mencuri pandang ke arah Zulfakar Zainal melalui cermin belakang kereta.Masam betul muka yang ditarik Zulfakar Zainal.Kali ini lebih masam dari yang tadi.Wan ibrahim jadi takut-takut lagi.Dia pandang pula ke arah Jailani Azhar.Jailani Azhar juga menarik muka masam.Wan Ibrahim rasa mahu lempang.



-Koskenkorva 1,2011-

.

5 comments:

Unknown said...

kau lambat pergi test tadi ye. haa kan dah mengamuk kawan kau tu.

- koroe - said...

lagi best bila tetinggal kalkuleter. apa gampang nak congak sin 42.42. memang fail terus subjek dynamic.

- elina - said...

perang psikologi ni .

Unknown said...

situasi umum yg melanda bila tiba musim exam =)

Roronoa said...

athirayao..
bukan gua la...
lgpon cerita ni gua tulis setahun lepas..

koroe..
sifir jari la...basic je pon..

koroe..
x lgsg..salah2..

aida..
musim rambutan pon perangai mcm ni jugak...