
"Woi ko nak breakfast tak,"tanya seorang kutu.
"Takpe..Malas lah..Korang pergi la dulu,gua nak buat lab report ni"jawab gua acuh tak acuh sambil menekan calculator.
Entah masa bila gua sendiri tidak perasan yang semua kutu-kutu tadi kini sudah beransur pergi.Jadi,tinggal gua sendiri dalam bilik.Di skrin laptop gua terpampang lampiran Microsoft Excel dengan jadual beserta graph yang sukar difahami.Kertas-kertas yang mengandungi pelbagai formula-formula yang sukar nampak berselerak di atas meja.Di hadapan gua ada sehelai kertas P-H diagram yang memberi maklumat tentang nilai tetapan berkuasa dua belas.
Tangan kiri gua kemas memegang sebatang pembaris panjang.Di tangan kanan gua pula,ada sebatang pensel mekanikal,manakala di antara jari telunjuk dan jari hantu terselit sebatang rokok yang sudah separuh terbakar.Sekali-sekala gua menjentat habuk rokok tepat ke dalam ashtray tanpa memandang.Asap kepam berhambur keluar dari celah bibir gua yang terkumat-kamit cuba menghitung nilai pengkamelan tiga kali ganda.Sambil itu,mata gua menjeling ke arah calculator yang telah di set pada mode complex dan high difficulty.Masa terus merangkak perlahan.Dan gua semakin leka.
Tenenet...tet.tet..tenenet...tet.tet....
Tenenet...tet.tet..tenenet...tet.tet....
Tiba-tiba handset gua berbunyi..Cukup lama,namun gua cuma tidak mempedulikan,membiarkan handset itu terus berbunyi,dan terus berbunyi..Kerana gua sangat faham perasaan gua ketika itu.Perasaan sanggup berkorban demi menjadi seorang angkasawan...
.
3 comments:
wahh. aku suka macam tu. rela berkorban untuk mencapai cita cita. harap kau buat seperti yang kau tulis ni. hahaha
hahahahahahha
wau
Post a Comment