Kalau cinta,kenapa sengsara.Kalau rindu,mengapa keliru.Kalau sayang,pasti terbayang.Baru pukul 9 malam..Berpusu-pusu pelanggan tidak henti-henti keluar masuk dari restoran Nasi Lemak Cinta Sayang..Ada yang mahu makan,ada yang mahu servis internet percuma,ada yang sekadar melihat-lihat makwe.Dan sebenarnya kedatangan gua di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang malam itu lebih bertujuan kepada makan sambil melihat-lihat makwe..Maksud gua,membiarkan makwe-makwe melihat gua makan dengan sopan.
Memang sengaja gua menyarankan agar lelaki UITM membawa gua ke port makan budak-budak UITM sebenarnya.Mahu mengambil angin malam bandar industri berat.Sekali sekala perantau dari Selatan tanah air macam gua ni turun ke Shah Alam,alang-alang jangan pulang tangan kosong.Setidak-tidaknya hidangan mata itu ada berisi.
"Makwe aku cakap,kedai ni ada pakai pelaris..Ade orang nampak ada lembaga beruk tengah bertenggek atas periuk.Kira macam bantuan makhlus la..KAu tengok la bukan main ramai orang makan sini.Padahal makan bukan sedap mana pun.."sembang lelaki UITM sambil menyuap nasi gelojoh.
Gua cuma telan air liur.Mata gua ketika itu menjeling ke arah pinggan lelaki UITM.Nasi putih kosong berlauk telur.Air tak order.Gua geleng kepala.Rasa kesian tu memang ada.Tapi sebagai seorang yang menghormati kawan,tidak sekali-sekali gua menghambur duit di hadapan rakan yang susah.Bimbang tercalar maruahnya.Jika ikhlas ingin menolong sekalipun,gua akan membelanja dengan cara yang tidak menampakkan gua sedang menolong.
"Habis tu..Tesco dengan Mid Valley agak-agaknya pakai pelaris jenis apa rasanya..Mesti bukan cikai-cikai punya bomoh ni.Bukan setakat beruk,aku rasa atas periuk dorang ada badak sumbu dengan Transformer..Baru la customer macam celaka ramai..,"soal gua semula cuba mempertikaikan pengaruh-pengaruh cerita Niyang Rapik dalam kepala masyarakat seperti lelaki UITM.Dalam kepala gua masa tu cuma terbayang pasaraya Tesco masa cuti sekolah dengan 2 hari sebelum sambut raya...
Kali ini,lelaki UITM cuma tergelak pendek sambil mengangguk setuju.Gua yakin lelaki UITM bukan jenis peduli sangat tentang ilmu hitam ni.
"Weyhhh makwe freehair pukul 6 kau...,"ujar lelaki UITM tiba-tiba.
Gua segera menoleh ke belakang gua sambil berpura-pura membetulkan kerusi.Ada sekelompok makwe-makwe UITM sedang makan selang dua meja dari gua.Dari segi pemakaian yang agak urban,boleh jadi budak-budak Office Management.Cita-cita semua nak jadi Setiausaha.Di sebelah meja tersebut pula,ada dua orang gadis yang bertudung Yuna.Sayangnya mereka datang dengan teman lelaki sorang satu.Gua syak ini budak-budak akauntan ni..Gua cuba toleh depan.Ada makwe tengah kaut nasi.Rambut dah ada kaler-kaler Shah Alam sket,kaler oren.Gua toleh kanan pula.Ada lagi makwe.Gua jadi panik.Pilihan bukan satu dua.Mata gua rambang tak tahu nak pilih yang mana.Kalau boleh,gua mahu pilih semua.Masa tu,isu pelaris tadi gua memang dah tolak tepi.
.
.
Kalau cinta,kenapa sengsara.Kalau rindu,mengapa keliru.Kalau sayang,pasti terbayang.Baru pukul 9 malam..Berpusu-pusu pelanggan tidak henti-henti keluar masuk dari restoran Nasi Lemak Cinta Sayang..Ada yang mahu makan,ada yang mahu servis internet percuma,ada yang sekadar melihat-lihat makwe.
.
2 comments:
Kahkahkah...banyak gila pelaris.
kemaen .. ni da mcm smbil mnyelam.. kunyah batu karang gaye.
Post a Comment