OK.Macam ni.Katakanlah aku adalah seekor pelanduk jantan yang masih remaja.Aku mempunyai otot kaki yang kuat , pantas berlari, ada sepasang tanduk yang tinggi mutunya,dan cukup arif selok-belok hutan dalam membezakan mana satu port ‘pucuk-pucuk daun muda’ dan mana satu port singa lapar.Dalam erti kata lain ,aku merupakan seekor pelanduk yang perfect…
Ok.Katakanlah lagi suatu hari hari aku telah jatuh cinta dengan seekor pelanduk betina yang cantik,freehair serta berpakaian seksi dan up-to-date..Kita gelarkan pelanduk betina tadi sebagai Fifi..OK? Masalahnya sekarang ada sepuluh ekor pelanduk jantan lain yang turut menyimpan perasaan kepada Fifi tadi.
PAda aku,ini bukan soal ada jodoh atau tiada jodoh.Ini soal putus asa atau tidak.
Lalu aku terpaksa bertarung dengan kesepuluh pelanduk tadi.Katakanlah aku berjaya mengalahkan pelanduk-pelanduk yang tak perfect tadi..”Best man win”.
Tapi timbul pula satu masalah lain.Belum tentu Fifi mahu menerima aku lagi.Katakanlah sebelum ini dia sudah beberapa kali dikecewakan oleh janji-janji palsu pelanduk-pelanduk jantan bangsat yang lain.Pengalaman gagal dalam percintaan menyebabkan dia cukup sukar menerima kehadiran pelanduk sepertiku lagi dalam hidupnya.
Pada aku,ini bukan ada jodoh atau tiada jodoh.Ini soal putus asa atau tidak.
Setelah aku menghadiahkan Fifi sejambak bunga ros ketika melamarnya di sebuah restoran mewah yang menyajikan sajian pucuk-pucuk daun muda yang lazat,Fifi mula berubah hati.Dia kini bersedia menerima aku sebagai suri hidupnya.Kami berdua berjanji setia.
Tapi timbul pula lagi satu masalah.Katakanlah orang tua Fifi tidak merestui hubungan kami.Dia mahu menjodohkan Fifi dengan seekor pelanduk tua kerepot yang berharta.Persiapan kahwin mereka juga sudah hampir disiapkan.
Pada aku,ini bukan ada jodoh atau tiada jodoh.Ini soal putus asa atau tidak.
Di waktu malam yang hening,aku membawa Fifi lari dari rumahnya sehari sebelum majlis persandingan.Kami kemudiannya bernikah di sempadan Siam dan memulakan hidup baru di Kuala Lumpur.
Malang tidak berbau, baru beberapa bulan kami mengecap bahagia perkahwinan, Fifi mati akibat penyakit denggi berdarah yang kronik.
Pada aku,ini barulah dinamakan tiada jodoh.
Payah jugak jadi pelanduk jantan ni rupanya...
.
No comments:
Post a Comment