Mencari rumah berwarna oren,yang terletak selang dua biji rumah yang berwarna hijau bukanlah satu tugas yang mudah.Katakanlah kebanyakan rumah masing-masingnya mempunyai sebiji reban ayam bersaiz rumah yang juga bercat hijau di setiap halaman masing-masing.Halaman itu pula ditanam dengan pelbagai jenis pokok buahan hijau yang tumbuh meninggi sehingga menutup pemandangan reban ayam tadi dari jalan.Gua geleng kepala.Ada setengah jam lagi sebelum masuk azan Maghrib.
Setelah U-turn depan masjid dua trip,kami yang segan bertanya walaupun sesat jalan tadi akhirnya bertemu juga dengan destinasi yang dinginkan.Dari kejauhan jelas kelihatan kelibat Farahanim yang berkurung merah(gua punya baju raya pun kaler ungu nak masuk merah-merah sket), sedang berdiri di tepi jalan.Gua mengeluh lega.
Ketika kereta yang kami naiki melepasi saudari Farahanim,dia menghadiahkan gua sebuah senyuman yang sudah 5 tahun gua hilang.Lalu hati gua menjadi tenang.Fikiran menjadi tajam.Tumpuan hilang tumpuan.Pertama kali gua berasa senang melihat gadis memakai tudung Yuna.Dia nampak ngam berpenampilan sebegitu.Dan dia sempat juga melambaikan tangannya kearah gua.Lalu hati gua menjadi semakin tenang.Gua melambai semula kearah saudari Farahanim seraya menoleh ke kiri dan kanan.
Kelihatan Sincan dan Sadrudin juga sedang melambai kearah Farahanim hampir serentak..!
.
No comments:
Post a Comment