Monday, September 27, 2010

Namamu Teratas

Setiap minggu,gua pasti akan dapat satu panggilan dapat telefon daripada operator wanita Bank Simpanan nasional (BSN) yang mencari Puan Mariam.Tapi gua tak pasti pula apa dosa Puan Mariam pada bank tersebut.Sama ada beliau tak bayar pinjaman bank buat beli tanah,tak renew roadtax , beli TV pakai duit PTPTN, atau Puan Mariam ni tertinggal anak perempuan dia dalam bank tersebut tak ambik-ambik lagi.

Semenjak 6 bulan gua pakai nombor baru ni,pihak BSN masih belum pernah miss lagi telefon gua tiap-tiap minggu.Kecuali minggu hari raya baru ni diorang mungkin sibuk menguruskan audit-audit hal ehwal lemang.


Dan semenjak 6 bulan lepas lagi gua dah puas memahamkan mereka yang gua bukan Puan Mariam,tak pernah main tukar-tukar simcard dengan Puan Mariam,ataupun Puan Mariam dan gua bukanlah sahabat baik sejak kecil yang kerap membuat reunion.


Sempena 20 Syawal ini,gua ingin memohon maaf kepada pihak BSN sekiranya gua ada meninggi suara,maki-hamun atau membina istana pasir yang mungkin menyebabkan pihak bank terguris hati.Kepada makwe-makwe operator BSN,gua minta maaf juga atas kesibukan gua kebelakangan ini menyebabkan kita masih belum sempat berkenalan dan berbual mesra lagi .Tapi jangan risau.Kalau handset gua tak kena rembat,Insyaallah gua akan pakai nombor sekarang ni sampai umur gua cecah 25 tahun.Take ur time baby...!


Untuk membuktikan gua bukanlah Puan Mariam seperti yang didakwa pihak BSN,gua akan menulis begini..


"Puan Mariam babi..Puan Mariam babi.."


Tengok! Kalau gua sendiri adalah Puan MAriam,sudah tentu gua akan berasa tersinggung dituduh sedemikian rupa. .



Gua tujukan khas untuk Puan Mariam dan pihak BSN.

.

4 comments:

mogobja said...

HAHAHA. jahat nye ko

Jef Hadi said...

ye, puan mariam babi.

see, gua tak terasa. jadi gua bukan puan mariam. haha.

Roronoa said...

mogobja...
dah mmg gua bkn puan MAriam..

sastraboy...
gua tengok lu punya nama ,teringat plak ada satu kartun tu...

Fnd Rocka said...

Puan Mariam ni entah ada lagi entah tidak