Tuesday, August 10, 2010

tiga.

Aku baru habis baca Novel Lagenda Budak Setan.Kali terakhir baca dulu masa Tingkatan Dua..JAdi,sesi membaca kali kedua ini aku namakan "Reunion of LAgenda Budak Setan"..


Mula-mula ada jugak beberapa kutu yang gelak-gelak belakang,kutuk belakang,umpat belakang dan tackel dari belakang bila tengok aku baca novel ni..Biasa la.Perkara-perkara belakang ni selalunya memang kerja orang busuk hati..Belum cerita pasal 'main belakang' lagi..Setakat ni perkataan belakang yang ada maksud senonoh sikit pun cuma 'tulang belakang'..Itupun kalau cerita pasal Lisa Surihani dedah aurat sampai nampak tulang belakang,perkataan tulang belakng tadi dah jadi tak elok balik..

Tapi macam yang aku cakap,novel-novel cinta macam LAgenda Budak Setan ni memang berhantu.Ada 'penunggu'..Suka merasuk jiwa-jiwa yang sedang kesunyian dan jiwa lelaki keras yang makwenye tak reply SMS..


Sekarang ni pantang aku letak merata,ade je yang curi-curi baca...Aku dah tak syak orang lain..Selalunya benda-benda macam ni memang kerja 'kutu belakang' tadi la...

Aku ada cuba kira-kira,setakat ni aku dengan watak Akasyah dalam novel ni ada lapan persamaan yang memang sama gila babi..Salah satunya,mempunyai anak mata berwarna hazel coklat..

No comments: