Awal bulan hari tu,aku ada angkat sehelai jersey Arsenal kirim dari member yang travel pergi United Kingdom.Bulan yang sama jugak,aku ada angkat seluar jeans LEVIS kirim dari member balik United State.
So,dalam dua hari lepas,aku ada buat satu belanjawan perbelanjaan untuk baki bulan ni..Ada lagi 15 hari sebelum duit elaun scholarship bulan depan masuk.Baki dalam akaun pula cuma tinggal cukup-cukup makan.Cukup-cukup makan disini bermaksud cukup-cukup makan untuk orang macam aku.Kalau untuk sistem makan ahli tinju,rasanya tak cukup.
Tapi petang tadi baru saje teringat.Lupa nak masukkan budget rokok dalam list 'senarai barang ini sahaja yang harus dibeli'.
Nampak gayanya,5 hari terakhir nanti akan buka puasa di masjid..
Aku rasa negara-negara yang ada "United" ni memang pandai main psikologi orang Pahang macam aku.
.
3 comments:
Pergh..main import2. .Pastu ble berbuka dan bertaubat di masjid..elok..haha
Eh kau pun org pahang? Haha!
Yeah,negara united mmg mcm tu.sumpah.
fnd...
gua import pasal harga dye murah..
faiqah..
tak..gua orang Burma..
Post a Comment