"Weyhhh..Kau perasan tak,dalam ramai-ramai team Nakama,cuma aku dengan engkau je yang takde makwe" -PAiz Kek.
"Aah kan..Insyah umur 28 selaku yang paling tua pun anak dah sorang.Zahar baru lepas kahwin.ManToxicToy pulak dah mula pandai bangun pagi nak cari duit nak pinang anak orang..Anep pon walaupun kadang-kadang suka main kayu tiga,dah empat tahun jugak dia kapel dengan Shikin tu." -gua.
"Tu la pasal..Yop sama Arif pon memang dah ada steady makwe buat-buat bekal umur 25 nanti.Aidil,Wan,Cisse,Cheng pun sama..Tapi yang paling gampang,Mat Zin Kayap tu boleh main tukar-tukar makwe sebulan sekali..Muka tak adalah hensem mana.." -Paiz Kek.
"Itu takpe lagi..YAng paling aku heran sekali Hamidun Hamidi pun boleh pasang dua..Tapi berat badan nak dekat-dekat 89kilogram.Pelik pelik....Habis kita ni apa cerita?..Kau Paiz,apa pasal kau tak cari makwe lagi? " -gua.
PAiz Kek tiba-tiba terdiam.Dia termenung panjang memikirkan sebab dia sendiri masih tidak punya-punya kekasih hati.Tak kisahlah sama ada yang steady ataupun untuk rancangan masa pendek.Malam 2 pagi bertambah sepi.Tidak Paiz mahupun gua cuba menyambung bicara.
Berkerut-kerut dahi Paiz Kek mencari sebab yang sesuai dengan soalan sensitif yang dianjurkan gua.Sekali-sekala PAiz Kek merenung side mirror motornya sambil membuang sisa-sisa laksa di celah gigi.Selepas beberapa minit,barulah dia bersuara..
"Aku taknak main perempuan..Aku sendiri ada adik perempuan..Aku tak sanggup tengok lelaki jahat main-mainkan adik aku..! Argghh.Lagipun umur aku baru 18 tahun..Kau tu yang dah masuk 20..Ape pasal kau tak cari makwe lagi." -Paiz Kek.
Gua tersentak.Kali ini giliran gua pula yang termangu diam..Berkerut-kerut dahi gua memikirkan alasan yang masuk akal.Fikiran gua menerawang jauh mengimbas kembali sejarah dan kenangan percintaan lampau.
Semuanya berkisar tentang konflik cinta semusim,ikrar janji bersama taktala gunung dan langit menjadi saksi,pahit maung ranjau bercinta dan liku-liku setia yang penuh onak duri yang telah gua lalui.Seolah-olah semuanya telah sebati dalam hidup gua.Hati gua sedikit berbekas.Dan perlahan-lahan gua meluahkankannya di hadapan PAiz dalam nada separuh berbisik.Sebak.
"Aku taknak maen perempuan...Aku tak sanggup tengok orang lain main-mainkan adik aku..Aku taknak dia sampai mengandung anak luar nikah..." -gua.
.
.
.
.
.
"Adik kau lelaki la setannn! Kau kalau dah tak market tu cakap je laa.." -PAiz Kek.
Lalu hati gua pun tersinggung..
.
2 comments:
Haha..kena pandai analissa market lah agaknya
market gua mmg dah tinggi..
cuma ade sket masalah nk pilih je..
ramai sgt..
Post a Comment