"apa yang kau rasa hari ini tak semestinya apa yang kau akan rasa esok.Perceptions can change very rapidly.But sometimes,they dont.."
Tapi,tak semua benda akan berubah.Aku sendiri ada satu tabiat yang yang masih aku lakukan sampai hari ini.
Ok.Contohnya masih lagi pada laman web sosial Facebook tadi.Hasil daripada gejala "add friend" makwe-makwe cun yang dulu gemar aku lakukan,sampai la sekarang wall page Facebook tadi dipenuhi oleh status-status update orang yang aku tak kenal.Sesetengah profile yang aku rasa annoying gila babi dan mengamalkan bisnes tak tentu hala,aku kasi 'hide' terus.Benda-benda macam ni memang mudah buat hati jadi panas baran.
Maknanya disini,masih ada sesetengah anonymous yang sengaja aku biarkan status update mereka berkeliaran untuk aku baca setiap hari.Kebanyakannya perempuan.Cantik dan tak dikenali.OK..Kalau engkau nak kata aku stalker,lantak kau..
Selalunya aku tak pernah cuba berkenalan dengan anonymous tadi,tak pernah tinggalkan komen,tak pernah like status mereka.Aku just baca dan follow update hidup mereka.Apa yang diorang kata,apa yang diorang rasa dan apa yang diorang buat setiap hari.Sedikit sebanyak perjalanan hidup diorang ada dalam tangan aku.
OK.Korang boleh panggil aku stalker sekarang.
Salah seorang mangsa pemerhatian aku adalah seorang pelajar perempuan dari UKM Bangi yang kini berumur 20 tahun.Masa mula-mula dulu dia pakai nama Sue Kesuma.Nama sekarang dah tukar dan jangan harap aku nak beritahu korang.NAnti korang search pulak..
Aku dah follow dia ni lebih kurang nak dekat dua tahun.Daripada dia masih single,kapel dengan seorang mamat gothic,clash dan single semula,tukar in relationship dengan member perempuan,sampai la dia dah kapel semula dengan seorang balak yang nama Facebooknya Hakimie *********.Kihkihkih.Jangan harap laa aku nak beritahu..
Tapi sekarang ni hubungan diorang dah nampak lebih stabil sket.Budak Hakimie ni nampak gayanya pandai menjaga hati Sue..Sue pun dah jarang keluar status caci-maki dah sekarang.Hubungan diorang pun nampak steady dan tenang je buat masa ni.Pernah sekali tu HAkimi buat surprise bagi bunga mawar merah sambil melutut depan Sue.Perghh.Romantik gila..Cilaka apa aku tulis macam ni setan!
OK.Statement pasal bunga-bunga tu aku tipu.Kejadah apa aku nak ambik tahu detail macam tu.Aku bukannya stalker.Tapi fakta yang lain tu betul.Apa-apa pun,semoga Sue dan Hakimie bahagia ke akhir hayat.
Sebenarnya ada beberapa orang lagi yang aku selalu update flow hidup diorang.TApi takkan nak cerita semuanya dekat sini pulak.Kalau kerajaan ada nak bagi subsidi juta-juta,mungkin baru aku boleh jual identiti diorang.
"Aku rasa aku minat pada kerja-kerja psikologi.Aku orang psikologi yang sesat dalam dunia kejuruteraan dan sastera."
Pada aku,kerja-kerja menyiasat macam ni bukan sekadar untuk memuaskan nafsu mata sahaja.Yang penting adalah isinya.Kalau setakat nak tengok pangkal betis makwe dekat Facebook,aku ada simpan video klip lagu duet Lunamaya sama Cut Tari yang aku boleh tengok bila-bila masa.TAk payah susah-susah nak login password.
"Perjalanan mereka adalah pelajaran aku."
Tentang anonymous yang aku cerita panjang lebar tadi,sebenarnya aku suka tengok macam mana hidup diorang ni berkembang dan perubahan-perubahan pada diri diorang yang mungkin aku seorang sahaja yang sedar..Romantik kan? Sikap,kecenderungan dan reaksi mereka dalam perhubungan contohnya akan aku masukkan dalam buku psikologi aku.Dan memang sudah menjadi tanggungjawab ahli psikologi untuk sentiasa memerhati dan membuat kesimpulan sendiri.
Sekarang korang rasa aku stalker lagi tak?
Sue ni sekarang walaupun status caci maki dah kurang,status gedik-gedik tu tetap ada.Tapi minggu lepas masa kampus dia blackout,kakak dia ada datang melawat bawak Big Apple..Roomate dia dah masuk pukul 7 malam entah hilang ke mana, Sue letak makanan yang tak habis atas meja study kawan dia....
.
.
.
.
...
3 comments:
some stalkers are sexy.
HAHAHAH.
Faiqah T cakap lu sexy, so..
woi sexy, perangai macam hamlau! ha ha ha.
faiqah T..
sexy ape benda..
tu name dye boring ko tau..
mael..
lu tengok..
perangai mcm hamlau tu la orang kata seksi..
org kata..bkn gua..
Post a Comment