4.50am
Perkara nombor satu yang paling gua benci dalam hidup gua adalah kejadian rokok habis pada waktu tengah malam sehingga menjelang Subuh.Pagi ni rokok gua habis lagi.Gua dapat rasakan puasa gua akan jadi serba tak tentu hala esoknya kalau tak pekena rokok dalam sebatang masa sahur.TApi dalam keadaan malam yang gelap,mengantuk dan malas nak keluar pergi Petronas beli rokok,gua beranggapan apa salahnya kalau gua belajar-belajar cuba puasa rokok sebelum waktu Imsak lagi.Mana tahu lepas-lepas berbuka nanti terbukak hati gua nak berhenti merokok lalu terus mendaftar di mana-mana sekolah pondok.
5.05am
Gua tukar fikiran.Gua risau kalau tak pekena rokok juga,mana tahu pagi esoknya gua jadi panas baran pergi lempang orang buta melintas jalan ke nanti.Maklumlah tangah puasa kan?Disebabkan budak-budak rumah gua tak hisap rokok,gua cuba roger member-member dari rumah lain plak.
Tapi kebanyakan stock rokok yang tinggal cumalah dari jenis Gudang Garam,jadi gua ingat nak keluar Petronas sekejap beli Dunhill.Bukannya gua seorang yang high taste,suka pilih kasih,dan tak hisap langsung Gudang Garam,tapi gua rasa biarlah gua pilih rokok yang terbaik untuk prestasi maksimum sepanjang hari puasa.
5.15am
Gua sama Muhammad Ashri kena tahan dekat entrance U dengan satu brader pakguard yang gua rasa masih belum kahwin tapi perut dah boroi.Dia mintak kami tunjuk kad motor sama kad matrik.Gua sendiri tak paham macam mana Muhammad Ashri boleh terlupa bawak kad matrik plak. Brader boroi tadi tak kasi kami keluar sambil main lawan cakap dengan Muhammad Ashri pakai hujah-hujah buku peraturan universiti.Bertindak rasional,gua cuma diam malas nak campur pasal gua tahu itu memang salah Muhammad Ashri.
Tapi, tiba-tiba gua jadi baran bila Muhammad Ashri hampir memenangi pertandingan lawan cakap tadi,brader boroi tersebut mengeluarkan ayat berbentuk palat yang berbunyi "Memang nak keluar peraturan tak wajibkan tunjuk kad matrik,tapi sekarang saya nak awak tunjuk".
Pada gua,ayat tersebut seolah-olah bermaksud brader tersebut lebih BESAR daripada perlembagaan dan peraturan universiti.Seolah-olah kalau berdasarkan sistem piramid pemerintahan Mesir purba,dia berada pada bucu piramid paling atas iaitu di tempat brader Firaun.Boleh jadi lebih atas dari brader Firaun.Perkara ini sungguh gua tidak gemar sekali.Gua tolak prinsip rasional tadi,gua pilih jadi kurang ajar.
Tanpa gua sedari,gua sendiri sudah menengking brader boroi tersebut pakai tone tinggi.KAlau ikut tone DOREMIFASOLATIDO,mungkin gua sudah mencapai pitch TI..Lebih tepat lagi kalau gua guna istilah jerit tepi telinga brader yang boroi tadi.Belum sempat brader tadi nak cakap apa-apa,motor dah jalan.
Muhammad Ashri ambik U-turn dekat depan,dan bila kami melintasi pondok pakguard sekali lagi,gua lambai-lambai tangan menganjing pada pakguard tadi.Gua tengok muka brader tadi masam macam celaka..Gua geleng kepala tengok nasib brader tersebut yang mengalami masalah boroi pada usia muda..Satu benda yang gua paling menyesal,gua sepatutnya tunjuk FUCK hala tepat-tepat ke perut pakguard tadi.
5.30am
Gua yakin kalau kami balik ambik matrik kad lepas tu jumpa pakguard tadi balik mintak keluar,itu namanya seperti mencari penyakit.Gua roger semula member gua dari rumah lain.Gua pekena rokok Surya sambil layan lagu "Azam Lebaran" dendangan Siti Nurhaliza.
5 comments:
ct ade nynyi lagu baru yeh? keh3
kau senang, boleh roger orang. kalau aku, sampai imsak lah kejang, bantuan tak sampai sampai.
lagu baru ape...
tiap2 tahun dah jemu ak denga lagu tu...
faiqah..
laen kali ko roger laa ak..
mane name aku???
ok2...
credit to RAfiq punya Surya...
Post a Comment