Matahari sudah menganjak ke suku barat,
tetapi teriknya masih cukup menikam. Entah kerana panas atau silau,
terkenyit-kenyit mata kami berdua yang sedang berjemur di dataran
asrama selepas ditangkap sedang tidur di dorm ketika prep petang,
kira-kira 8 tahun dahulu.
Muka merah, mulut terkunci, tangan di
belakang. Sedang mengawasi , Cikgu Kamsan merenung tajam kami berdua
sambil mencucuk-cucuk hujung rotan ke permukaan tar yang berbahang.
“Kamu jangan ingat kamu pandai , kamu
boleh pontot ,”tengking Cikgu Kamsan.
“Diam. Jangan ketawa,” jerit Cikgu
Kamsan sekali lagi apabila melihat muka aku dan seorang lagi kutu
menjadi herot-berot cuba menahan ketawa.
No comments:
Post a Comment