Lidahnya masih kepahitan menyunyah hempedu kandasnya percintaan, jadi penolakan Nadia ketika itu saya terima dengan cukup baik sekali. Dia cuma perlukan masa dan saya berikan dia sebuah penantian yang mana beberapa bulan selepas itu, saya diberitakan Nadia yang dia sedang berpasangan pula dengan lelaki lain.
Saya mula belajar menjadi "the right man to understand" sahaja masih belum cukup. Jika ada kesilapan yang saya belajar ketika itu, ianya berbunyi "Saya tidak tergesa-gesa untuk bergerak ke hadapan". Perempuan lebih sukakan lelaki yang berani berjanji. Di dalam hidup mereka, perempuan yang bertuah seperti Nadia sentiasa akan menemui lelaki-lelaki yang akan memberikan dia ruang, sehingga dia menjadi terlampau yakin untuk terus melakukan kesilapan. Dan beberapa bulan selepas seterusnya, Nadia putus cinta sekali lagi.
Saya masih berada di situ, menjadi "the right man to understand" yang memberi ruang pada Nadia walaupun ditolak sekali lagi. Sepanjang empoh itu saya meminjamkan telinga saya sebagai karung tinju kekecewaan Nadia. Ketika saya semakin lesu menunggu dan mula mendesak ,Nadia pula sudah serik bercinta dan mahu menumpukan pada pelajaran, katanya lagi. Dan dia menjauhkan diri daripada saya ataupun mungkin saya yang melarikan diri.
Saya mula berfikiran bahawa sebenarnya perempuan seperti Nadia tidak suka didesak dalam menyetujui apa-apa perhubungan. Sehinggalah pada masa yang sama dia mula rapat dengan lelaki lain yang lebih mampu memberikan dia ruang, akhirnya saya terus digantung dengan pertanyaan apa sebenarnya yang Nadia mahukan?
Kadang-kadang, ada soalan yang Tuhan berikan penantian yang panjang sebelum kita temui jawapan.
Saya terpaksa mengambil masa beberapa tahun sebelum saya akhirnya mempelajari bahawa Nadia sebenarnya adalah seorang asshole. Jauh di sudut hati, saya mendoakan dia menjadi gemuk.
..
1 comment:
hai. sy nadia.
Post a Comment