Friday, October 11, 2013

Turning Point

Pernahkah engkau terfikir akan ada 1 hari yang akan menentukan apa jenis manusia yang engkau akan jadi untuk 5 tahun akan datang. 

Satu hari penting yang akan menentukan adakah engkau seorang pekerja yang terperangkap dalam trafik 6 petang ibu kota ataupun seorang pekerja yang tidur bangunnya lebih kerap di atas air dan udara, 

Adakah engkau seorang pelanggan yang menghulurkan sekeping kad Amex kepada barista ataupun seorang pelanggan yang menunggu syiling baki selepas membeli laksa, 

Adakah adakah engkau seorang anak yang menelefon ibu bapa setiap kali terlupa resepi rahsia keluarga atau anak yang balik kampung setiap 2 bulan perayaan istimewa,

Adakah engkau seorang pencinta yang selalu kandas mencari bahagia atau pencinta yang sering bersenjatakan coklat dan bunga,adakah engkau seorang suami yang hari-hari tersengih dibebel kerana terlupa kunci ataupun suami yang ber "lu-gua-lu-gua" pada hari anniversary, 

Adakah engkau seorang bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi atau seorang bapa yang membuka facebook anak untuk mengucapkan selamat hari jadi.

Have u ever wondered, there will be one day....one turning point that will decide what u will become for the next 5 years. Maybe,it was yesterday, and maybe it was not. 


*ditulis sehari selepas menghadiri temuduga yang menyakitkan hati. 

.

4 comments:

broken_nigina said...

untuk jalan terus,buka mukasurat 18.untuk tunggu,sambung baca.

Roronoa said...

amboi deepnya komen dia ni..tak pahammmmm.

broken_nigina said...

siri novel penyiasatan.

Roronoa said...

ok dah dapat tangkap. Buka muka surat 12 untuk keluar berenang, atau muka surat 15 untuk mengelurkan pistol.

Saya terpaksa berfikir panjang.