Saya ada sepuluh orang adik beradik. Seorang dah meninggal, jadi tinggal lagi sembilan. Sepuluh atau sembilan, saya masih lagi dikira kedua bongsu mengikut susunan. Anak-anak saudara saya yang ramai itu, panggil saya Andak.
Saya tak suka panggilan Andak.
Betul, saya tak suka langsung panggilan Andak. Panggilan itu mengingatkan saya akan seorang pakcik tua gelandangan yang sering ada di masjid di sebelah sekolah agama tempat saya bersekolah dulu. Namanya Pak Andak. Dia suka merangkul tangan budak-budak lalu menggesek-gesek ke janggut nipisnya yang tajam. Pak Andak baik orangnya, ataupun tidak, saya tidak tahu. saya masih kecil dan masih belum pandai judge orang pada sekali pandang seperti saya sekarang.
Dan ia mengambil masa lebih kurang 15 tahun daripada waktu kali pertama saya bertemu Pak Andak dahulu, yang mana saya sekarang baru mampu mentafsir bahawa dia adalah ikon loneliness terabai dengan sejarah yang tidak siapa tahu atau peduli.
Saya sebenarnya tidak ada masalah dengan tabiat Pak Andak, cuma saya tidak suka dengan panggilan Andak yang anak-anak saudara saya panggil sekarang. Mungkin kerana panggilan itu berbunyi "Andak" ataupun mungkin juga kerana ada seorang tua yang turut berkongsi nama "Andak" mengikut perspektif saya dahulu, punya sejarah yang tidak berapa gemilang.
Namun, saya tidak mampu mengubah apa-apa. Keluarga saya, telah bersepakat "Andak" adalah nama yang wajar untuk seorang kedua bongsu daripada sepuluh adik beradik. Bukan pakteh, bukan pak ngah, bukan paklong dan bukan pak uda,at least. Kata mereka, ini pangkat kekeluargaan mengikut adat Melayu. Entah siapa-siapa yang mencipta sistem itu, yang saya tahu dia memang asshole. Saya lagi rela dipanggil Pakcik Bob oleh anak saudara saya, walaupun saya tidak gemuk.
Salah seorang anak saudara saya yang berumur 6 tahun pernah berkata, saya tak boleh masuk syurga. Saya masih ingat lagi periswtiwa Ramadhan lepas ketika saya merampas remote Astro dan terus menukar channel bola 813.
"Andak tak boleh masuk syurga ,"katanya yang marah kerana diganggu ketika menonton Super Strikas di Ceria.
Sekarang saya sudah 23 tahun dan semakin pantas berjalan, semakin pantas mentafsir manusia pada pandangan pertama, semakin menganjak dewasa, sambil terus meninggalkan kesan tapak-tapak memori di belakang. Saya semakin jarang pulang ke kampung sekarang. Dan sudah lebih kurang 15 tahun saya tidak terserempak dengan Pak Andak lagi. Saya sendiri tidak pasti adakah dia masih hidup, ataupun sudah meninggal dunia. Jika sudah meninggal dunia, adakah dia mampu ke syurga ?
.
2 comments:
tak mustahil juga
utp kan? bukanbasikalkarim kan?
EHH. ye ke? EHHH. hm. hahahahaha.
Tak boleh bukak? Pulak. hahahaha.
AHHH BANYAKNYA HALANGAN!!
Post a Comment