Monday, April 29, 2013

menuju ke Bagan Serai

Kali terakhir, empat tahun lepas saya pulang ke Bagan Serai apabila arwah abang saya meninggal dunia dalam satu kemalangan. Empat tahun kemudian, iaitu empat hari lepas, saya kembali  ke Bagan Serai semula atas alasan nenek saya pula meninggal dunia.

Di antara senggang empat tahun itu, saya cuma ada memori hafalan yang mana apabila saya nampak masjid tinggi di sebelah kiri jalan, bersebelahan rumah lama arwah abang saya, saya perlu ambil simpang kanan menuju ke Lorong Haji Taib. Saya cuma sampai di sana kira-kira 10 minit sebelum mayat arwah dibawa ke kubur, mujur tanpa sesat dan cuma 4 batang rokok perhentian setiap setengah jam perjalanan.

Saya akui saya dan Bagan Serai tidak punya hubungan yang rapat. Puas saya berfikir di sepanjang kilometer, antara saya dan Bagan Serai, ada berapa lagi jurang nyawa di tengah-tengahnya. 

.

No comments: