Monday, April 22, 2013

Kacak orangnya

Cuma orang perempuan sahaja apabila melihat perempuan cantik, dia akan berkata "Alololo cantiknya perempuan tu"

Otak orang lelaki tidak berfungsi secara telus begitu. Apabila seorang lelaki melihat lelaki lain yang kacak , tolong tumbuk perut saya kuat-kuat kalau awak pernah mendengar mereka berkata "Alolonya kacaknya lelaki itu"

Bagi orang lelaki, pemilihan adjektif untuk menyampaikan maksud kacak itu, telah melalui beberapa proses tapisan seperti penapis homoseksualiti, penapis fitrah, penapis ego dan penapis "alaa pakai spek hitam, semua orang nampak hensem"

Saya pernah bertemu dengan bekas rakan sekelas saya ketika tahun pertama dulu pada suatu petang di pasar malam. Saya tidak suka mengeluarkan kenyataan ini, but well saya terpaksa juga melangkaui fitrah seorang lelaki for the sake of blogspot. Fuck this, bekas classmate saya tadi memang kacak orang.

Sekarang awak boleh tumbuk perut saya kuat-kuat. Saya janji saya takkan tepis.

Masalahnya, saya tidak berapa ingat nama dia.Jadi ketika pulang sewaktu saya cuba mencerita pertemuan tersebut pada Talib, Najib dan Anwar , saya mengalami kesukaran menggambarkan watak lelaki tersebut pada mereka.

"Takkan tak kenal? Orang dia tinggi-tinggi, kulit putih, rambut panjang, pakai spek, pakai baju kaler hitam dan satu kelas dengan kita waktu tahun pertama dulu," kata saya cuba mengingatkan mereka semula.

.

1 comment:

Wadi AR said...

mohon jangan berhenti like gambar perempuan itu