-Betul-betul depan bilik saya ni ada satu pokok besar. Mengikut sains kefahaman orang-orang lama, pokok besar ni sepatutnya mesti ada hantu yang menumpang. Namun setelah hampir 4 bulan saya duduk di bilik ini, saya masih belum pernah lagi dikunjungi oleh mana-mana entiti. Saya bukannya mahu berlagak dan bercakap besar, but well you know, sekarang ni hari masih siang. Mana ada hantu.
-Sekiranya saya meminati seorang gadis dan saya cuba mendekati dia secara berpura-pura mencipta perbualan yang bermula dengan "Awak makan dekat mana tadi? " dan dia menjawab secara kasar "Makan dekat mulut la. Dekat mana lagi", maka saya tahu di antara kita tidak akan ada masa depan yang menjanjikan.
- Saya percaya kepada kemampuan minda separa sedar. Saya percaya kerana saya pernah mengalami. Bukanlah saya mahu katakan saya terlampau Asia Hebat sampai boleh tarik kapal terbang guna gigi. But well ketika tadi waktu saya mengamuk kerana kotak rokok helang merah saya yang masih berbaki 6 batang lagi tiba-tiba hilang dari atas meja, saya akhirnya menjumpai rokok itu kembali di dalam tong sampah 10 minit kemudian. Habis, siapa lagi yang boleh saya tuduh selain iblis?
.
No comments:
Post a Comment