Friday, February 1, 2013

Space out

Cakaplah apa sahaja, secara ikhlasnya fokus bukanlah kepakaran saya. Saya bermasalah dalam bidang tersebut, iaitu mengalami critical tendency to space out during particular conversation or discussion. Jika masalah space out tadi dapat dikira dengan sifir power lens cermin mata, maka besar kemungkinan saya adalah seorang hipster.

Saya tidak tahu dengan orang lain. Mungkin space out adalah norma semua manusia dan bukan abnormaliti kekal milik saya seorang. Tapi bagi saya, yang mana menulis ikut suka hati di blog saya, fenomena ini cukup mencapai kritikal yang membimbangkan untuk segera dibincangkan oleh saya sendiri.

Contohnya ketika lecturer MSD saya sedang membincangkan tentang safety factor dalam waktu kelas pagi tadi. Ketika saya sedang cuba fokus mendengar, tiba-tiba seorang perempuan Midle East membuka pintu kelas dan terus duduk di bangku paling hadapan.

 Sejurus itu, kepala otak saya terus  membincangkan ketidak upayaan seorang lelaki Melayu untuk mengkategorikan makwe yang berlainan bangsa kepada tahap-tahap prestasi berskala sama ada dia adalah seorang makwe dalam kumpulan hot and bitchy, cool ,sexy , cantik , cun, nakal, ada manisnya, biasa-biasa ataupun mengurangkan selera makan. Topik ini cukup berat sebenarnya.

Space out dalam tempoh yang agak lama, saya akhirnya sedar dan kembali ke pangkal jalan (safety factor). Saya cuba kembali fokus, sekurang-kurangnya dalam berapa puluh saat sebelum mata saya menangkap imej Sony Ericson Go berwarna kuning milik seorang jantan selang tiga kerusi dari saya. Apa yang tinggal selepas itu, cumalah rentetan memori saya ditipu peniaga gajet (konspirasi) di Singapura 6 bulan lepas ketika membeli telefon bimbit yang sedang saya pakai sekarang. 

Pathetic. Both, kena tipu dan space out ketika itu. 

Lalu kemudiannya episod space out, safety factor , space out, safety factor , space out terus saling bertukar ganti pada nisbah berat sebelah yang tidak memihak langsung sistem pendidikan negara. Ibaratnya, roh saya cukup tidak bersetuju dengan badan saya yang tegap dan bekerja keras.

Tapi syukurlah kecenderungan saya yang tinggi untuk mengalami space out, diganti Tuhan dengan keupayaan saya untuk melihat masa hadapan. Saya ada sepasang mata yang hebat, secara rahsianya. 

Dalam tempoh 15 tahun akan datang, saya boleh nampak gambaran seorang wanita berambut perang paras bahu , berpinggang sedang-sedang besar (sedap dipeluk dari belakang) , berlesung pipit, berkulit putih dengan pinggul yang melentik kebelakang sedang menghulur kad kredit kepada sebiji robot bercakap di kaunter pembayaran sebuah pasar raya terapung (mungkin berkuasa magnet) , kira-kira 15 meter dari saya. 

Di sebelah saya ketika itu juga, seorang wanita berbadan dua  memimpin seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun , yang mana sebelah lagi tangannya menolak trolley yang sarat dengan barang-barang dapur, manakala mulutnya sedang bebas dan sedap menengking saya.

"Abang ! Abanggg ! Abang dengar tak apa saya cakap tadi ? "

.

1 comment:

Sang Harima said...

Space out tu mende? Safety factor tu mende? Jadi Melayu ni cakap bende bende ringkas dah le..