Saya bukanlah seorang yang percaya sangat akan hantu. Tidak keterlaluan jika saya katakan saya lebih percaya dengan penjelasan saintifik sebenarnya. Saya orang sains.
Tapi saya tidak mahu menjadi seorang ekstrimis dalam hal ini. Saya masih tidak menolak kemungkinan yang hantu raya, orang minyak, penanggal dan minyak dagu akan cuba mengganggu orang sains satu hari nanti sebagai membalas dosa kesombongan mereka yang menolak kewujudan hantu. Saya sudah banyak mendengar cerita sebegini, yang mana selalunya orang sains akan diganggu juga dan mungkin dibunuh hantu pada giliran yang paling akhir.
Dan saya sendiri tidak pasti dengan mempercayai perkara ini, adakah saya masih tergolong sebagai orang sains yang akan diganggu hantu atau tidak.
.
No comments:
Post a Comment