"Sayang dan benci cumalah campur aduk perasaan yang terkeliru. Malas pula sebaliknya, adalah naluri yang telus dan benar." - Cikgu Asrul, warden sekolah asrama penuh
"Kamu tu bukan muda lagi. Dah nak masuk 32 tahun. Apa kamu tak teringin ke nak berumah tangga macam orang lain?"tanya emak sambil menjeling tajam ke arah Talib.
Talib yang pada itu sedang mengunyah kuih koci mengikut budaya sarapan pagi pendekar-pendekar dahulukala, acuh tidak acuh sahaja akan pertanyaan emak. "Orang malas la mak nak bercinta ni. Banyak kerja dekat Kuala Lumpur tu. Nak balik kampung sekali sekala macam ni pun susah".
Emak menggeleng kepala. Sudah penat dia menasihati Talib. Entah kenapa Talib cukup pantang dengan perkataan kahwin, semenjak pertunangan dia Natasha anak ketua kampung lima tahun dulu kandas di tengah jalan. Sudahla Talib cuma satu-satunya anak dia dan arwah suami. Emak cuma takut dia mati sebelum sempat menimang cucu.
"Kalau kamu sayangkan mak, kamu cepat-cepat la kahwin. Kalau tak ada calon, nanti mak tolong carikan,"cadang emak kepada Talib.
"Mak ada dengar, Nastasha tu dah bercerai dengan suami dia sekarang,"tambah emak tiba-tiba.
Talib menoleh laju ke arah emak. Matanya bersilau terang.
"Nanti kalau kau keluar, tolong belikan kicap dekat kedai runcit depan tu,"pesan emak sambil menutup suis lampu dapur. Pagi semakin terang. Burung-burung pipit dan Talib berkicau riang keluar dari sarang.
.
No comments:
Post a Comment