Sepanjang hidup aku sebagai Thierry Henry , aku telah banyak mendengar cita-cita yang tidak masuk akal. Antaranya adalah daripada Farouk Sata.
Farouk Sata pernah cakap yang bila dia besar nanti dia mahu terbang. Aku akui benda macam ni memang tak mustahil. Kalau dulu kita pernah tengok rancangan Asia Hebat, benda-benda terbang ni bukanlah benda yang rare di sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran kungfu.
Tetapi yang paling tak masuk akal adalah Farouk Sata pernah cakap dia mahu menjadi vokalis Linkin Park. Yang ini kalau betul-betul dia jadi, aku berani kerat jari. Ingat ni ! Aku berani kerat jari.
"Bila masa pulak aku pernah cakap macam tu ?" kata Farouk Sata baru-baru ini.
.
No comments:
Post a Comment