Thursday, September 20, 2012

Bercinta dengan Wawa Zainal

"Saya ada kejutan untuk awak hari ni..."

Wawa Zainal memandang aku lama, memaparkan sedikit rasa ghairah ingin tahu . Tetapi tidak pula dia ingin bertanya sedangkan aku berharap dia yang menyoal terlebih dahulu.

Tangan kiri aku mengeluarkan kotak rokok dari poket kanan seluar, lantas bibir menyisip keluar sebatang rokok dengan bibir sementara yang kanan pula gagah memulas stereng memacu kereta melepasi Produa Kembara di hadapan tadi. Wawa Zainal seakan faham benar. Dia memetik api lighter lalu dicucuh hujung rokok yang tersemat di bibir aku.

" I nak bawak you jumpa seseorang. Dah lama I nak perkenalkan you dekat dia. You jangan nak lari pulak. Hakhakhak" sambung gua semula sesudah menghembus asap yang pertama.

" Siapa ? Family you ke? Elehh, I tak takut pun nak jumpa mak you," teka Wawa Zainal dengan berlagak.

"Ada la. Orang tu memang dah lama sangat nak jumpa dengan you". Aku terus berteka-teki. Sambil itu kereta Proton yang aku pandu terus memecut laju keluar dari pinggir-pinggir Kuala Lumpur menuju ke Plaza Tol Gombak.

"So kita nak pergi mana ni? " Wawa Zainal kembali bertanya selepas hampir 15 minit kami cuma diam sambil berpegang tangan.

" Nak sampai dah ni. Tengah hari ni kita lunch dekat rumah dia. Lagipun dia dah siap-siap masak makanan kegemaran you, ayam masak kicap," aku menjawab persoalan Wawa Zainal sambil mengalihkan tangan aku ke atas pehanya pula. Dia tersenyum dengan manis sekali.

Destinasi yang dituju semakin hampir. Aku membelok kereta ke pintu masuk perkampungan Felda di pesisir jalan utama. Jalan raya semakin menyempit, yang mungkin juga menandakan talian U-Mobile sudah tidak lagi di dalam wilayah perkhidmatan. Aku memberhentikan kereta di hadapan rumah kayu dua tingkat, dengan latar dua batang pokok kelapa di hadapan rumah yang berhalaman luas.

Sengaja aku memakir kereta di sisi jalan cuma, khuatir bumbung kereta dihempap buah kelapa nanti. Lagipun kereta Proton diperbuat daripada besi lembut yang mahal dan sukar didapati. Sebab itulah ramai yang sanggup berhutang bank sampai 10 tahun semata-mata untuk memilikinya.

" Masuklah. Jangan malu-malu". Belum sempat aku memberi salam, suara garau seorang lelaki dari dalam rumah terus menjemput kami terlebih dahulu. Ternyata dia seperti sudah bersedia menunggu. Bau ayam masak kicap juga sudah menusuk ke dalam hidung kami.

Aku memimpin tangan Wawa Zainal menaiki tangga kayu beranda dengan penuh berhati-hati. Wawa Zainal nampak sedikit kekok dan malu-malu ketika menyua diri ke di muka pintu itu buat pertama kali. Padahal tadi bukan main berlagak lagi. Lelaki tua berambut putih yang duduk berbongkok membelakangi kami seakan sedang mencari sesuatu di dalam almari , kini menoleh.

" Ehh Arsene Wenger! ". Wawa Zainal menjerit terkejut.

Bersambung......

No comments: