Pagi itu gua dan Normala bertemu janji di sebuah restoran di Saint Coris. Gua sampai agak lewat lebih kurang 50 minit. Normala cuma tersenyum manis. Tak apa,saya tahu awak sibuk,kata Normala. Gua kata, Normala sangat memahami. Normala senyum lagi.
Kerana sibuk, gua tidak mahu terus berlengah lagi. Gua terus mengambil tempat duduk bertentang mata dengan Normala.Kemudian gua mengeluarkan Blackbery Bold 4 dari poket, lantas menekan butang switch off.Normala juga begitu. Dia mencabut bateri Nokia 3100 miliknya agar tiada panggilan masuk.
Normala bertanya, gua sudah makan ke belum. Gua sengaja menjawab secara berbasi-basi. Sebaliknya, gua membuka cerita tentang khasiat buah peria. Normala mendengar dengan tekun. Pagi itu, banyak juga yang kami bualkan. Ada cerita tentang hobi membela ikan laga, bidaan nombor plat, android 2.3 , kebangangan FAM, kereta eksiden depan ofis, budak umur 7 tahun sudah wajib diajar sembahyang, Thierry Henry memeluk Islam dan tidak kurang juga tentang harga Samsung Galaxy S3.Normala juga ada memberitahu gua yang bapanya akan mengerjakan umrah bulan hadapan.
Sesungguhnya interaksi gua dan Normala pagi itu memang bagus sekali.Cuma sekali sekala kami diganggu pelayan yang datang mengambil dan menghantar pesanan makanan. Normala memilih spagethi carbonara bersama sotong goreng tepung. Gua tidak makan,cuma memesan air oren Sunquick.
Selesai makan, gua meminta izin Normala untuk beredar. Ada meeting dengan client, kata gua. Normala angguk senang sambil memasang semula bateri handset Nokia yang sudah lusuh alas keypadnya.Gua juga kembali menukar operasi Bold 4 gua kepada mode on. Normala senyum lagi.
Pagi itu walaupun pertemuan kami cuma berlangsung selama 25minit, tetapi gua dan Normala berpendapat itu sudah lebih dari memadai. Normala melambai ketika kereta Proton Saga gua melewati tempat dia berdiri. Keseluruhannya, pagi itu kami berasa sungguh gembira sekali.
.
6 comments:
kemain banyak henpon canggih canggih
oh bila jumpa mesti off phone eh?bagus, takda unsur2 lain yang akan menganggu.
Hahaha ini klakar.
off fon sbb takut skandal kol...hahahaha
Normala Hanim ke ni?
jangan jangan Normala ni pelacur x?
Post a Comment