Kadang-kadang bila Talib sedang membelek-belek seluar dalam Renoma di sudut pasar raya, Talib cukup pantang kalau ada promoter sibuk bertanya itu ini. Tak ada privacy langsung. Talib rasa memang tak sedap kalau dia diekori promoter outlet ketika dia sedang berkira-kira untuk membeli. Bukannya Talib tak ada duit. Talib cuma tak selesa. Macam fuck Talib kata.
Tapi apabila Talib berjalan melintasi hadapan kedai emas Poh Kong mahupun berselisih dengan promoter kerusi urut Ogawa di tengah ruang legar pasaraya, Talib rasa cukup tersinggung kerana mereka sedkit pun tidak menghiraukan Talib. Senyum pun tidak, apatah lagi menyapa. Brochure jualan langsung mereka digulung kemas-kemas dalam genggaman langsung tidak diedar tangan ke tangan. Talib kecil hati. Memang Talib tak ada duit. Tapi tak ada salahnya jika bertanya. Sombong berlagak, Talib kata.
Entahlah.Dalam dunia ni payah kalau kita nak puaskan hati semua manusia. Setiap orang ada keinginan dan kehendak masing-masing yang berbeza. Kalau perlu kita terajang, kita terajang.
3 comments:
Kakaka. Biasa la orang, Talib.
Kemaluan Talib
Mintak tolong jangan persendakan Talib
Post a Comment