Jika kau mahu mencari makwe-makwe yang masih muda, pergilah ke bandar pendidikan, Shah Alam ataupun Pavilion misalnya. Di sini mereka lebih suka berbicara tentang cinta. Mereka cukup remaja, dan lebih gemar membangkitkan soal dimana kumbang , dan mengapa kumbang tidak mencari bunga.
Jika kau mahu mencari makwe-makwe yang masih muda, janganlah kau bertolak ke bandar kapitalisme. Di sini masa bergerak dengan lebih pantas. Setiap penangguhan dinilai dengan kerugian ringgit per hour. Kau tak wajar untuk mengharapkan apa-apa dari dunia industri berat ini,melainkan bentuk acuan untuk engkau bibit demi bibit menjadi mereka.
Sepetang di bumi paling selatan,gua terfikir-fikir sendiri.Mengapa gua boleh ada di sini? Adakah gua mencari bunga, ataupun mencari kapitalisme?
No comments:
Post a Comment