Gua suka bangun awal pagi. Biasanya dalam dekat-dekat pukul lima. Lazimnya gua tak buka lampu. Gelap lebih selesa. Gua basahkan tekak dengan separuh cawan Mild Nescafe 3in1 berbungkus kaler coklat, kemudian gua cucuh sebatang Dunhill sebagai rokok rasmi memotivasi bangun awal pagi. Asap rokok yang berselerak nampak samar-samar nipis tidak lut diterjah limbahan cahaya skrin laptop yang sengaja memapar graf-graf rawak cukup untuk menambahkan lagi label misteri seorang philosopher di bawah tekanan jiwa. Sekali-sekala gua jentat abu rokok yang kadang-kadang masuk ke dalam ashtray yang mana asal adalah sebiji cawan sebenarnya, dan kadang-kadang ke dalam bancuhan Mild Nescafe 3in1 berbungkus kaler coklat di dalam cawan yang sememangnya sebiji cawan.
Gua suka bangun awal pagi sekadar mahu menyelami perasaan kononnya tindak-tanduk gua direkod filemkan pada babak watak antagonis mempunyai rancangan jahat untuk menakluk dunia.
.
No comments:
Post a Comment