Aku tidak gemar menghulurkan peluang bukan pada tempat wajarnya. Aku tidak mahu engkau diheret harapan palsu yang akan membunuh kejam angan-anganmu itu nanti.
"Amira. Awak busy ke? "
Amira membaca SMS itu sekali sebelum menyingkirkan handphone ke atas tilam. SMS yang tidak jauh berbeza kandungannya dengan 326 SMS terdahulu yang mengganggunya semenjak sebulan lalu, daripada seorang lelaki yang konon-konon cuba untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Amira kenal lelaki itu. Seorang pengilat kasut yang hari-harinya menawarkan perkhidmatan di kaki lima berdekatan pejabat tempat kerjanya. Dan cuma baru sekarang, Amira rasa menyesal.
Dan seperti malam-malam sebelumnya, Amira membiarkan SMS itu tidak berbalas buat kali ke-322.
2 comments:
canggihnye henpon leh simpan mesej ratus ratus
henpon gua boleh simpan anjing bukit tahu?
Post a Comment