Cukup gua akui, semester ini gua diuji di luar tahap perancangan gua. Dan semuanya menjadi cukup serba tak kena.
Gua kini berada di luar kawalan rutin hidup gua. Di luar kawalan kewangan gua. Di luar kawalan aktiviti kebiasaan gua.Di luar kawalan kegemaran gua. Di luar kawalan masyarakat yang gua selesa.
Gua ada perancangan yang baik. Sehinggakan gua terlupa untuk membuat plan B. Tetapi gua tidak menyesal. Gua masih menganggap perancangan gua berjaya. Kerana ia di fucked up bukan oleh gua. Namun tetap gua sendiri yang harus menghadapi sengsara.
Setidak-tidaknya gua masih selesa kerana gua kena menghadapi benda ni seorang diri. Susah senang tanggung sendiri. Tidak terikat dengan sesiapa. Dan mujurlah gua berkeputusan untuk tidak terikat dengan sesiapa. Setidak-tidaknya, cuma itu perancangan gua yang masih kena dengan tempatnya.
Memang betul apa yang orang kata. Kalau sudah hidup berumah tangga, segala-galanya harus berkongsi.Kalau gua ada seorang isteri,seorang anak dan sekeping roti, gua harus bahagi roti tersebut kepada tiga.
Sebahagian untuk isteri.
Sebahagian untuk anak.
Dan sebahagian untuk gua,mungkin.
Dan andai kata suatu hari nanti ditakdirkan gua pulang ke rumah buruk gua dengan sekeping roti, mungkin gua cuma membahagikan roti tersebut kepada dua. Dan apabila isteri dan anak gua bertanya bagaimana dengan bahagian gua, gua cuma akan tersenyum sambil mengusap perut berpura-pura kekenyangan.
Dan di tengah-tengah malam ketika isteri dan anak gua sudah lena, perut yang berkeroncong akan mengejutkan gua tidur di tengah gelap malam, menangis sambil perlahan mengunyah sepinggan makaroni .
Shhhhhhhhhhh.......
.
2 comments:
ouh, pandai. makaroni mkn sorang sorang
suffering teach u to be selfish!
Post a Comment