"Ili tak boleh tidur la papa..Papa kena la bercerita baru Ili boleh tidur,"
Gua merenung gadis kecil berlesung pipit itu penuh kasih sayang. "Mengada betul la anak papa sorang ni. Ok la tuan puteri. Papa cerita tapi Ili janji kena tidur tau," ujar gua sambil mencubit manja pipi Ili.
"Hikhikhik .. Ok janji," jawab Ili lantas menyua kelingkingnya. Gua tersenyum sinis. Janjinya disambut. Kelingking bertemu kelingking. Janji.
"Cerita dia bermula begini.Pada suatu hari, Rosman berjalan-jalan menaiki basikal di sekitar taman perumahan. Tiba-tiba tayar basikalnya pancit. Cuaca petang itu yang tadi cerah, kini berawan gelap dan tebal. Tak lama selepas itu, hujan pun turun. Rosman basah kuyup. Sambil menolak basikal yang pancit, di hadapan sebuah rumah tiba-tiba ada wanita menjemputnya tumpang berteduh"
Gua berhenti bercerita. Diam sebentar. Gua lihat Ili sudah hampir terlelap.
" Siapa wanita itu papa? " tanya Ili perlahan dengan mata yang sudah terkatup rapat.
"Wanita itu adalah guru sekolah Rosman sebenarnya, cikgu Suraya. Dia mempelawa Rosman masuk. Menurut dia lagi, suaminya tiada di rumah kerana out station. Sementara menunggu bajunya dikeringkan dalam mesin dryer, Rosman menunggu di sofa dengan hanya bertuala. Tiba-tiba Cikgu Suraya yang baru siap mandi keluar dari bilik air dengan hanya berkemban. Tiba-tiba lagi , guruh berdentum. Dan tiba-tiba lagi sekali, Cikgu............."
Gua merendahkan suara lalu mengakhiri cerita gua pada klimaks yang tergantung.Bimbang mengganggu Ili yang baru terlelap. Kali ini gua pasti Ili sudah terlena. Lemah-lembut, gua menarik selimut Hello Kitty Ili sehingga menutupi atas dadanya. Dan gua sempat mengucup dahinya sebelum beredar ke keluar.
Di muka pintu,gua berpaling sekali lagi.Tidak puas menatap wajah anak tunggal kesayangan gua itu. Semoga dia membesar menjadi insan yang berguna. KLIK... Lampu dipadam. Pintu kamar ditutup kemas.
P/S: Dah setahun lebih tiba-tiba baru gua teringat nak buat sambungan cerita ni!
.
2 comments:
Kahkahkah. Bana. Lu tak takut budak tu membesar jadi apa apa nanti?
terima kasih peminat setia cerita cikgu suraya...
Post a Comment