Pintu kayu yang sedia tidak berkunci berdentum menghentam sisi dinding diterajang aku. Sesat di atas katil gelora , sepasang jantan betina yang cepat-cepat menarik selimut berbunga-bunga menutup tubuh bogel mereka daripada terus dijamah mata aku yang ternyata sudah hilang kemanusiaan.
Si jantan rasa bukan di situ wajar persembunyiannya. Dia tahu watak dominannya sudah berakhir setakat itu. Namun dia meminjam sedikit berani,menghayun dedah koneknya untuk mencapai jeans biru lusuh yang berlingkar di bucu katil . Kaki kanan cepat-cepat disarung kedalam cawat seluar, dan dia tersungkur diterajang dengan kaki seluar yang cuma membaluti sebelah betis.
Blam...Blam...
"Abang..Jangan macam ni bang..Tolong jangan macam ni bang..Bawak mengucap bang" Si betina sundal merayu-rayu, menangis-menangis, memujuk-memujuk cuba mengusir nekad aku yang sudah pejal mengeras. Aku hairan.Dia yang mendamba zina dan aku yang harus mencari Tuhan. Ironi bukan?
Aku tahu mana letak ikhlas, dan mana maaf yang diselaputi lendir-lendir hipokrasi. Mungkin dia takut. Dia ngeri melihat tubuh jantan yang kini kaku berlohong ditembusi darah dan peluru. Aku tidak salahkan dia. Dia cuma mahu menyelamatkan diri.
Namun daripada lari menjauhi raksasa aku, dia sebaliknya datang memeluk erat kedua belah kakiku memohon ampun yang sudah dihakis iblis. Ya,dia masih menangis. Aku menghenyak kakiku kekiri dan kekanan cuba melepaskan diri daripada tubuh bogelnya yang melingkari pergerakanku.Sedikit longgar, lantas aku mengangkat tinggi kaki dan menujah keras kepalanya. Tubuhnya terkesamping ke sisi, sebentar cuma sebelum dia kembali gagah bersarang di kakiku. Kali ini aku biarkan. Lama.
Aku dapat rasa, rembesan air mata dia yang membasahi peha seluarku ketika itu. .Aku dapat rasa, sepasang buah dada bersentuh dengan lututku yang masih terperangkap dalam dakapan tubuhnya. Cuma apa yang aku tidak dapat rasa, hanyalah belas yang sudah kering disejat kecewa maharajalela. Aku terlalu asyik menangis semalam, sehingga aku terlupa membawa sedikit bekal air mata untuk hari ini.
Aku cuma mampu berdiri tegak tiada mempamer rasa, membiarkan dia dengan dramanya dan aku dengan penafian dayusku.Tanpa teragak-agak aku mendaratkan muncung pistol ke ubun-ubun degil kepalanya.
"Abang jangan macam ni bang.. Kita ada anak-anak lagi bang..Jangan bang.Tolong Liya bang..."Aku mengharap ada syahadah yang meniti di bibir akhirnya.Sebaliknya dia cuma galak menangis. Jeritannya semakin bingit.Aku tiada pilihan lagi.
Dengan lafaz Bismillah, aku menarik picu.
.
5 comments:
benggg!
aku nak ini kat muka surat depan draf koskenkorva. kalau publisher tak berminat, aku tarik picu.
Aku ingatkan myfirsttime mula mula tadi. terkejut aku.
bang!! cumshot bebeh!!
Mael...
Xmasok pon kOskenkorva.. Gua bubuh cerita laIn.tp punchline tarik picu tetap ada..haha
Wadi,asip,gori
Gua tahu koskenkorva 2 pon korang blom baca lg.. Babi betei...
Post a Comment