Cita-cita gua bermula begini.Ketika gua berada di Tingkatan 4, gua tiba-tiba dipanggil oleh Cikgu Borhan ketika sedang sibuk membuat ujian KAFA di dalam kelas. Khabarnya, ada penjaga hendak berjumpa di tapak perhimpunan.
Gua jadi hairan. Jarang sekali bapak gua berkeinginan untuk melawat gua di sekolah bukan atas sebab masalah disiplin. Hadir tiga tahun sekali pun sudah dikira cukup bagus sebenarnya. Macam ada perkara penting yang tidak boleh ditangguh ke keesokan hari. Namun dalam hairan tidak hairan itu, gua tetap mengekori Cikgu Borhan.
Sesampai di sana, gua lihat bapak gua sedang tercegat macam John Travolta. Mukanya nampak seryes dan tiada masa untuk bergurau. Emak gua pula sedang menangis teresak-esak sambil letak kepala di bahu kakak nombor dua . Namun apa yang lebih menarik perhatian gua adalah kehadiran 7 biji kereta Mercedez Hitam berperisai kalis peluru dan sebuah Hummer G.I Joe turut sama parking rapat belakang bontot kereta bapak gua. Berdiri paling hadapan, ada seorang lelaki awal 40-an lengkap berbaju kebesaran diraja berwarna kuning emas, siap dengan tengkolok tinggi dan keris daulat.Dua tiga orang brader yang nampak macam kerja bodyguard dilihat sedang seluk tangan dalam poket. Boleh jadi tengah standby tarik picu pistol.
"Sebenarnya kau bukan anak kandung mak dan abah..Kau cuma anak angkat..Sebenarnya kau anak kandung Sultan Brunei,'' terang bapak gua dalam nada tersekat-sekat dan mata pandang pasu bunga. Mungkin sangat sukar untuk mengungkapkan perkara itu agaknya.
Gua tersentak dan hampir sahaja pitam mendengar kenyataan itu. Sungguh gua tidak percaya.Mata gua kini teralih pada lelaki pakai baju satu set kaler emas yang berdiri di sebelah bapak gua .Bodyguard di belakang beliau cuma angkat kening satu kali.
"Maknanya, ini Sultan Brunei sekarang? ," tanya gua masih lagi tidak percaya. Sultan Brunei mengangguk perla....
Arghhh....babi babi..Malas gua nak sambung cerita pasal cita-cita ni..Lantak la macam gampang ke apa...Ini kan cita-cita gua.Mana boleh cerita dekat orang..
.
4 comments:
Waa.. Sedap shopping la Fara lepas ni.. Tak payah la nak meniaga tudung lagi.
Kehkehkeh. Fararara
lepas ni kawen lapan la ko..hahahha
semoga begitulah hendaknya
Post a Comment