Thursday, January 26, 2012

Lepaskan (versi trailer)

Wad 302 tingkat 3, blok Rawatan Rapi dan Kecemasan, Hospital Besar Tengku Sirajudin Syah. Bilik muram tidak berwarna itu seakan sudah menjadi rumah kedua Idris. Alamat asing yang tidaklah tertulis rapi pada skrin mindanya, namun kekerapan Idris ke situ saban hari membuatkan dia cukup cekap menjejak lokasi tersebut. Lokasi yang jika dapat tidak, dia benar-benar tidak mahu ke situ. Namun manusia tiada daya mencemuh takdir. Hari ini dia menjengah bilik itu lagi, separuh bersandar pada kerusi di sebelah katil bercadar putih, teguh.

" Liya dah makan ubat? Ada rasa okey sikit sekarang? ," Idris bertanya lembut.

Wanita yang terkujur di atas katil itu, cuma mengangguk payah. Bibirnya yang pucat merekah , menguntum senyum pahit yang dipaksa-paksa sekadar hadiah kecil menjawab penat lelah Idris yang cukup setia melawatnya setiap hari. Idris cukup tabah pada pandangannya.

Dan ketabahan Idris itu harus dibayar dengan ketabahan juga. Lalu wanita itu mengukir senyum sekali lagi. Kali ini lebih manis. Semanis namanya Alya Maisarah, gadis periang yang telah berjanji sehidup semati dan bersetuju diijab kabulkan dengan Idris kira-kira 7 tahun dulu, tetapi sebaliknya kini cuma terlantar lemah selepas disahkan menghidap kanser payu dara peringkat akhir.

*bersambung dalam Koskenkorva 3 ( kalau jadi laa)
.

2 comments:

asip محمد said...

bangsat.. cerita tragis gila.. macam doakan isteri sakit tetek pulak..

Anonymous said...

kah kah kah
kesian kar deris..