Salah satu sebab paling utama gua malas nak bukak akaun Twitter adalah gua tak ada handset power.
Maksud handset power disini adalah jenis handset yang bila lu orang mintak nombor telefon makwe yang baru dikenali, korang tak payah nak sorok-sorok ketika save nombor makwe tersebut ke dalam handset korang.
Tapi kalau korang dah rasa handset lampu suluh korang memang power, terpulang pada korang sendiri untuk create akaun Twitter menggunakan nama-nama Korea yang cukup awesome.Gua pakai handset lampu suluh ni dah setahun lebih.Sumpah gua rasa tak power langsung.Nak harapkan blackout baru boleh tunjuk hero.
Gua rasa kalau gua setakat duduk dalam bilik depan laptop maen Twitter, tak ada bezanya dengan gua maen Facebook,mengusha gambar dalam blog Hanis Zalika atau membuat jadual kebersihan kelas menggunakan Microsoft Excel.Pendapat gua,Twitter ni lagi steady kalau gua aplikasikan di KLIA sementara menunggu ibu bapa gua pulang dari mengerjakan umrah.Atau ketika ketika gua mahu menunjuk-nunjuk kasut bola baru dengan cara memfoursquare lokasi kedai al-Ikhsan yang baru gua kunjungi dengan harapan ada orang tweet gua balik "woii lu dah angkat Adidas Sala Aidilfitri XXX limited edition ke?".
Jadi sebelum gua bukak akaun Twitter,gua cadang nak beli handset power dulu apa-ape hal pun.Tapi sebelum tu gua kena bekerja makan gaji dulu dengan kerajaan.Esok lusa bila gua dah kaya dan pakai handset power,gua dah tak maen Twitter dah.Zaman tu gua orang pertama yang maen Inception dekat Malaysia.Tapi laman web sosial Inception ni diorang belum cipta lagi sekarang.Masa tu kalau gua jumpa ada orang maen Formspring ,memang gua gelak berdekah-dekah betul-betul tepi dia punya telinga.
Kahkahkah...kahkahkah...kahkahkah..Bangang bangang...
3 comments:
hahahaha..kita serupa beb.ada hp lampu suluh jek,sbb tu x de tweeter tweety ni,,=p
and you just need to be more aware of your environment.
@epitome
jgn samakan kita ok.
@sang harima
seryes benor aok ni
Post a Comment