Friday, August 26, 2011

The art of eating buffet

"Having buffet is like a Poker game in legal version.It leads you to either total loss or big profits.Play with art."


1)Jangan makan nasik

2)Makan makanan-makanan yang rare sahaja.Elakkan daripada makan benda-benda yang anda selalu makan semalam,kelmarin,dan minggu lepas.

3)Makanan yang mahal dan berbaloi harganya adalah diutamakan.

4)Jangan mulakan sesi buffet dengan hidangan yang boleh menghilangkan selera makan,misalnya aiskrim ataupun desert yang seumpamanya.Hidangan ini hanyalah helah pemilik restoran untuk menglimitkan selera makan anda.

5)makan dengan tenang.Take your time.Jangan gelojoh dan membantutkan kemampuan makan anda.Lepak dua tiga jam pun tak apa.Makan lepak makan lepak makan lepak.

6)setiap kali anda terasa seperti mahu berenti makan,tanamkan niat di hati untuk tidak membiarkan penganjur buffet untung besar akibat sistem perut anda yang tidak efisyen.

7)Elakkan minum air secara keterlaluan.Walaupun air nampak sedap.Sesungguhnya penganjur buffet sedang terkekeh-kekeh ketawa sambil menekan calculator melihat anda fokus pada minuman sahaja.

8)Jangan bawak makwe yang sering mengambil berat tentang isu berat badan ideal.

9)Elakkan time constraint yang boleh menyebabkan anda terpaksa pulang awal. Tak boleh lepak lama-lama pasal assignment tak siap lagi,nak hantar makwe pergi stesen bas ,atau masa pergi tadi terlupa tutup pintu rumah dan isu-isu seumpamanya.

10)Abaikan tips-tips di atas sekiranya nilai kualiti dan kuantiti makanan yang anda sudah makan sudah melebihi tiga kali ganda daripada harga buffet berkenaan.

.

notakaki:*berdasarkan pengalaman gua dan otai-otai buffet yang setakat ni banyak experience dan belum pernah rugi lagi*Tapi gua sendiri tak tahu lahanat apa pasal kali ni gua tulis entri macam Cik Epal ni.

.
.

2 comments:

Anonymous said...

gua xpenah untung dlm kes buffet kejadah nih..bkn nak kata perut gua sempit tp bla dah mkanan kna ekon, selera gua down gila vavi weh..so gua lg prefer mkn kat tmpt org rmai sbb temperature tuh mgkn constant aja..

Sang Harima said...

Nasihat untuk anon kat atas,

sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri. semoga kita perkukuhkan ikatan silaratul rahim yang sedia ada, insya’Allah.